Friday, April 30, 2010

Doa

Jilid 3 Hadith 156
Dari Abu Hurairah, RAH, katanya: Rasulullah SAW bersabda: " Tidak ada satu hari pun, yang padanya hamba-hamba Allah bangun pada waktu pagi, melainkan (Allah perintahkan) dua malaikat turun, lalu salah satunya berdoa dengan berkata: 'Ya Allah tuhanku, kurniakanlah rezeki yang limpah makmur kepada orang yang berkhairat pada jalan kebajikan, sebagai ganti apa yang telah dibelanjakannya.' Dan malaikat yang satu lagi menyumpah dengan berkata: 'Ya Allah tuhanku, timpakanlah kebinasaan kepada orang bakhil kedekut, yang enggan berkhairat pada jalan kebajikan.'"
Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim


Kata saya...sedekah amalan yang mulia

Tuesday, April 27, 2010

Green Means Dol

Semalam saya sudah agak terlewat bertolak dari Ayer Keroh untuk sampai ke Putrajaya untuk acara di Dewan Seri Siantan. Tiba di sana sama pada masa ketibaan YAB Pekan.

Sebelum acara bermula

Door gift, yang antara lain anak pokok Meranti Rambai Daun. Nak tanam kat mana pokok balak ni, ek?

Kat hotel pun nak jimat duit, tak mau basuh cadar.

Tuala pun sama

Hijau, hijau, hijau. Hi, hi, dulu ada orang fobia dengan hijau. Oh ya, warna Fakulti saya pun hijau. Hijau pucuk pisang. Elok lah tu dengan Pusat Teknologi Tenaga...

Kata saya...dalam Mastika Hadith, di syurga, pakaian dan peralatan dari warna putih dan hijau.


Monday, April 26, 2010

1 Down 1 To Go

Tahniah kepada MIC kerana berjaya merampas kembali parlimen Hulu Selangor, yang majoriti Melayu, dari tangan PKR. Semoga janji yang ditabur dapat dikota secepat mungkin. Jangan tunggu 15 tahun lagi untuk berbuat demikian.

Sekarang saya nak tunggu apa pula isu di parlimen Sibu. Apa pula yang tak selesai bertahun-tahun agaknya. Dan apa pula janji yang kedua-dua pihak untuk menyelesaikannya. Hi, hi, barapa banyak pula, daaa...

Kata saya...jangan ada isu yang lebih 15 tahun sudah...

Sunday, April 25, 2010

Setelah 15 Tahun...

Sedih mengingatkan nasib peneroka Felda Sungai Buaya. Setelah 15 tahun tiada siapa yang membela nasib mereka. Oleh kerana kematian ahli Parlimen Hulu Selangor, barulah nasib mereka nak dibela.

Kenapa sekarang barulah kedua-dua pihak nak sedar. Apa yang dibuat oleh AP sebelum ni? Apa yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini? 15 tahun? Kalau 15/5, bermakna dah kurang-kurang 3 penggal. Apa kedua-dua pihak tak tahu ke hal ni? Sampai dah dekat 300 peneroka yang meninggal, masing-masing buat tak tahu?

Memang a big time HAMPES!!! Dua-dua pihak HAMPES!!!

Agaknya, setiap ADUN dan AP mati, baru lah sesuatu isu CUBA diselesaikan. Setiap yang bertanding cakap "Kalau KAMI menang...". Tak perlulah cakap macam itu kalau masing-masing ikhlas nak menolong.

Saya rakyat Malaysia yang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia, jadi saya hanya mengiktiraf KERAJAAN MALAYSIA, kerajaan dengan nama yang lain saya tak iktiraf!!!

Kata saya...kalau saya pengundi Hulu Selangor, saya boleh katakan saya masih lagi belum impress dengan kedua-dua pihak. Nasib baik, saya bukan!

Saturday, April 24, 2010

Another Year Goes By...





akhirnya budak 2 oang ni yg sibuk nak potong cake

Kata saya...semoga kita semua: dipanjangkan umur dengan iman, dimurahkan rezeki yang halal, ditambahkan ilmu yang berguna dunia akhirat, dijauhkan dari penyakit yang merbahaya, menjadi anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kesejahteraan kedua ibu-bapa kita dan menjadi suami/isteri dan ibubapa yang mithali. Aamiiin.


Friday, April 23, 2010

Wasiat

Diwajibkan ke atas kamu, apabila maut hendak menjemput seseorang di antara kamu, jika dia meninggalkan harta, berwasiat untuk kedua orang tua dan karib kerabat dengan cara yang baik*, (sebagai) kewajipan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Surah Al-Baqarah ayat 180 (2:180)

* Wasiat itu tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta orang yang berwasiat.
* Juga sila lihat Surah An-Nisa' ayat 11 & 12 (4:11,12)

Kata saya...yang ada akaun KWSP dah letak penama ke belum?

Wednesday, April 21, 2010

1 By 1

Yes, one by one they are leaving. Some just left without saying. Some just open for selected few. Some just updating once in a blue moon. Some just left the bandwagon to jump on another.

I'll be here until they close this space... jangan risau, saya akan berterusan di sini, insya Allah.

Lagi pun lebih senang untuk saya memberikan kata saya bila sudah ramai tidak menghiraukan blog lagi. Tak perlulah saya nak add atau delete the so-called friends.

Tahun ini entri minima bulanan saya adalah 4. Saya akan cuba atasi jumlah itu di bulan-bulan akan datang.

Kata saya...cuba lihat senarai hop, step & jump saya. Sudah semakin pendek...

Tuesday, April 20, 2010

Merajuk Agaknya?

Macam-macam hal politik Malaysia.

Tak dapat jadi exco, merajuk agaknya, keluar parti.
Tak dapat jadi calon, merajuk agaknya, keluar parti.
Tak dapat jawatan, merajuk agaknya, keluar parti.

Tak dapat ............., merajuk agaknya, keluar parti.
(sila isi tempat kosong ya!)

Kata saya...hanya di sini...di bumi BERTUAH ini.

Sunday, April 18, 2010

Berita Hari Ini

1
Saya sangat setuju dengan apa yang dikupas oleh Siti Jarum dalam PancaIndera Mingguan Malaysia hari. Cerita tentang nak salahkan pereka fesyen. Dalam helaian yang lain pula si pereka fesyen beria-ia mengatakan salah dia sendiri. Hampes!

2
Juga saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Wong Chun Wai (on the beat) dalam Sunday Star berkenaan "Treat the Verbal Diarrhoea". Cerita berkenaan mensensasikan berita-berita Malaysia yang menjadi buah mulut dunia.

Kata saya...sekarang baru depa tahu, kena ingat sikit!

Friday, April 16, 2010

Ashab al-Yamin & al-Sabiqun

Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1
Apabila berlaku hari kiamat itu.
2
Tiada sesiapa pun yang dapat mendustakan kejadiannya.
3
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
4
(Ia berlaku) semasa bumi digegarkan dengan sekuat-kuat gegaran (yang dahsyat).
5
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya.
6
Lalu menjadikan ia debu yang berterbangan.
7
Dan kamu pula menjadi tiga golongan (yang berlainan keadaan).
8
Iaitu golongan kanan. Alangkah bahagianya golongan kanan itu.
9
Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu.
10
Dan (golongan yang ketiga pula ialah) orang yang paling dahulu (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mendapat balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak).
11
Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah.
12
(Mereka menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh keni'matan.
13
Segolongan besarnya terdiri daripada umat-umat manusia yang terdahulu.
14
Dan sebilangan kecil terdiri daripada orang datang kemudian.
15
(Mereka duduk di dalam syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertakhtakan permata.
16
Sambil berbaring di atasnya, masing-masing menghadap satu sama lain.
17
Mereka dikelilingi (dilayan) oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan muda).
18
Dengan membawa gelas-gelas minuman, cerek-cerek dan piala atau gelas (yang berisi arak) yang diambil dari sungai yang mengalir.
19
Mereka tidak berasa pening kepala dan tidak pula mabuk
20
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan daripada apa yang mereka pilih.
21
Serta daging burung daripada jenis-jenis yang mereka ingini.
22
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang bermata jelita.
23
Bagaikan mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
24
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang telah mereka kerjakan.
25
Mereka tidak akan mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa.
26
Mereka hanya mendengar ucapan:"Selamat! Selamat!" (daripada seseorang kepada yang lain).
27
Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.
28
Mereka bersenang-senang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
29
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi.
30
Dan naungan yang terbentang luas.
31
Dan air yang sentiasa mengalir.
32
Serta buah-buahan yang banyak.
33
Yang tidak putus-putus dan tidak pula dilarang mendapatnya.
34
Dan tempat-tempat tidur yang tebal (lagi empuk).
35
Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) dengan ciptaan istimewa (tanpa melalui proses kelahiran terlebih dahulu).
36
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh).
37
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
38
(Semuanya itu disediakan) bagi golongan kanan.
39
Iaitu sebilangan besar terdiri daripada orang yang terdahulu.
40
Dan sebilangan besar terdiri daripada orang yang datang kemudian.

Kata saya...Maka, ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan...

Thursday, April 15, 2010

Kan Dah Kata

I
Seorang lagi makhluk bergelar wakil rakyat keluar partinya kononya kerana tidak percaya lagi kepada kepimpinan parti. Dalam akhbar online pula dikatakan kerana beliau tidak dilantik semula menjadi EXCO negeri Kedah. Yang mana satu anda nak percaya.

II
Yang dicadang tak dicalon, yang disokong tak naik nama, yang lain pula diberikan tugas. Kononnya calon kompromi. Akhbar online kata MIC 3 UMNO 0. Betul ke?

III
Kesimpulannya: gila kuasa!

Kata saya...Hampes!

Wednesday, April 14, 2010

Calon

Parti gabungan nan 1 ini masih lagi ber"kerkah" untuk pilih calon PRK. Parti ini masih berkeras untuk letak calon pilihannya yang dibantah dengan keras juga oleh parti itu, yang pada mulanya mahu meletakkan calon parti mereka. Parti itu kononya mahukan gabungan mempertimbangkan calon pilihan mereka pula dari parti ini.

Tak kesudahan nak berebut jadi calon. Hampes!

Apa kata buat aje "primary election" di kalangan parti gabungan. Siapa yang menang, dia jadi calon. Tak perlu kecoh-kecoh nak kemukakan calon parti kaum. Kata 1, 1, 1.

Kata saya...hi, hi, takut nanti 1+1+1=3.

Monday, April 12, 2010

World Heritage Site, Anyone?

Boustead vs MPPP. Georgetown vs Melaka.

Dari apa yang saya baca Boustead telah diberi kebenaran oleh kerajaan Pulau Pinang yang terdahulu untuk membina hotel melebihi 5 tingkat dalam kawasan World Heritage Site di Georgetown.

Kalau hotel itu dibina besar kemungkinan Georgetown akan kehilangan statusnya sebagai WHS. Jika Georgetown hilang status, besar kemungkinan Melaka juga.

Dari apa yang saya baca Boustead juga masih berkeras hendak membina hotel tersebut. Melaka pula berkeras nak "bercerai" dari Georgetown kerana itu. Siapa yang bodoh sebenarnya?

Tak perlu tuding jari sana sini. Cool head prevails.

Kata saya...mungkin boleh tanya itu ketua menteri terdahulu...

Sunday, April 11, 2010

Marah & Bakar

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar,
Marahkan JKR, geran tanah dibakar.

Memanglah melayu mudah lupa. Lupa sungguh mereka akan peribahasa itu dan maksudnya!

Kata saya...cuba tanya Karam sikit.

Friday, April 09, 2010

Anak Adam

27
Dan ceritakanlah (Muhammad) yang seBENARnya kepada mereka tentang kisah kedua putra Adam, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka (kurban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata,"Sungguh, aku pasti membunuhmu!" Dia (Habil) berkata,"Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertakwa."

28
"Sungguh, jika engkau (Qabil) menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Aku takut kepada Allah, Tuhan seluruh Alam."

29
"Sesungguhnya aku ingin agar engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka engkau akan menjadi penghuni neraka; dan itulah balasan bagi orang yang zalim.

30
Maka nafsu (Qabil) mendorongnya untuk membunuh saudaranya, kemudian dia pun (benar-benar) membunuhnya, maka jadilah dia termasuk orang yang rugi.

31
Kemudian Allah mengutus seekor burung gagak menggali tanah untuk diperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaiman dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Qabil berkata,"Oh, celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat sepertiburung gagak ini, sehingga aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang menyesal.

Kata saya...masih belum jumpa sumber SAHIH yang lain dari mana datang cerita mereka berbunuhan kerana perempuan?

Thursday, April 08, 2010

Calon

PRK datang lagi...

Dilema untuk pilih calon. Yang ini dah siang-siang bagi nama calon. Yang itu tak setuju calon itu.

Kata dia, tak kisah sesiapa jadi calon, janji pangkah parti dia. Bermakna pangkah parti.

Saya yang tak berparti ni (walaupun secara haram telah dimasukkan ke parti tertentu) tidak bersetuju dengan tanggapan tersebut. Calon yang akan diletakkan perlulah berwibawa, tiada berkepentingan peribadi dan tiada masalah.

Jangan jadi macam PRU12. Banyak kepincangan di kedua pihak.

Peringatan saya...yang memerintah sekarang janganlah mainkan isu pembangunan lagi - itu memang dah jadi tanggungjawab kerajaan. Kalau tak buat rakyat tahu apa KPI anda. Yang membangkang sekarang janganlah cari salah kerajaan aje. Carilah idea yang membangun yang logik untuk dilaksanakan. Jangan main cakap saja. Satu lagi, janganlah jadi orang tak membangun masa berkempen, memburukkan peribadi calon. Dan juga, bergaduh tak tentu fasal!

Kata saya...mahu lihat pertandingan yang sihat...

Wednesday, April 07, 2010

Banding Lagi

Terkejut saya bila terbaca berita mengatakan harga setem akan naik. Mereka juga mengatakan gaji posmen dan kerani kaunter adalah rendah berbanding rakan sejawat.

Banding jangan tak banding...

Sperti biasa bila nak naikkan harga, mereka banding dengan negara jiran. Mereka kata, terendah di Asean selepas Thailand!

Banding lagi...

Saya masih ingat suatu masa dulu penjualan setem untuk kad ucap selamat begitu laris sekali. Sekarang oleh kerana ramai orang guna kad digital, orang dah kurang beli setem. Kalau dah naik harga ni dari 30 sen ke 70 sen, akan ada lagikah orang nak hantar kad fizikal ni.

Kata saya...mungkin setem dalam album setem anak-anak saya tak kan bertambah.

Monday, April 05, 2010

1, 1, 1

Itu adalah catchy words sekarang ini. 1 sana, 1 sini dan entah apa-apa lagi. Nak tergelak semasa dalam Mydin semalam. Masa itu dah masuk waktu Asar. Announcer pun cakap "Assalamua'laikum dan Salam 1 Mydin...".

Dulu kita pernah dengar polisi-polisi: 1 rumah 1 telefon. 1 rumah 1 komputer. Sekarang ada pula 1 pelajar 1 sukan. Sampai sekarang saya masih lagi belum baca di mana-mana apa kesudahan kedua-dua polisi yang terdahulu tu. Saya fikir tidak kesampaian. Sebabnya... masih banyak rumah yang belum ada letrik, dan masih banyak rumah yang belum ada air paip. Saya fikir itu yang lebih penting. Telefon dan komputer satu luxury bagi mereka ini.

1 pelajar 1 sukan. Kita perlu tengok dulu kelengkapan sukan di setiap sekolah sebelum polisi itu dijeritkan. Kita perlu kira berapa ramai guru sukan atau yang berminat dengan sukan atau ada kelayakan kejurulatihan dalam sukan. Nak bercakap tentang polisi memang mudah. Pelaksanaannya akan memeningkan kepala guru besar dan pengetua sekolah. Saya fikir pelajar-pelajar akhirnya akan disuruh berlari di padang sahaja. Itu pun kalau ada padang...

Kata saya...salam 1 blog

Friday, April 02, 2010

Sudah Potong? Apa Jadi?

Dulu ada iklan sudah potong kabel ke belum? Ramai ke yang potong? Dengar cerita ada jugak yang menyesal selepas potong. Ada yang nak sambung semula. Tak tau la. Saya masih pasang kabel.

Apa sebenarnya yang terjadi? Senyap aje dah sekarang.

Sekarang syarikat telekom kita pula telah lancar pula apa yang dinamakan hi-speed broadband. Mereka kata internet yang laju dengan harga yang berpatutan. Biasanya mereka akan bandingkan dengan kelajuan serantau dan harga yang dikenakan.

Pengkritik mengatakan jiran kita mengenakan bayaran yang sama dengan kelajuan 5 kali lebih laju. Jadi sekarang jawapan mereka, kalau tak silap, strategi business.

Hi, hi, teringat saya kartun dalam the Star. Dulu kita ada broadband (gambar siput babi), sekarang kita ada high-speed broadband (gambar siput babi pakai helmet dengan stiker penaja).

Kata saya...bila kena kat dia, dia banding dengan jiran dan kata kadar kita yang terendah., bila bukan terendah, lain pula ceritanya.