Friday, April 23, 2010

Wasiat

Diwajibkan ke atas kamu, apabila maut hendak menjemput seseorang di antara kamu, jika dia meninggalkan harta, berwasiat untuk kedua orang tua dan karib kerabat dengan cara yang baik*, (sebagai) kewajipan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Surah Al-Baqarah ayat 180 (2:180)

* Wasiat itu tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta orang yang berwasiat.
* Juga sila lihat Surah An-Nisa' ayat 11 & 12 (4:11,12)

Kata saya...yang ada akaun KWSP dah letak penama ke belum?

4 comments:

FaAtip said...

nak letak nama siapa ye?

kalaulah boleh bawak keluor, boleh sangat nak ke Mekah... :(

jorazak said...

aintsuperwoman:
1. biasanya org letak nama waris terdekat tetapi penama kwsp pekerja Islam biasanya akan jadi pelaksana sahaja, sebab pembahagian ikut faraid. itu sebab buat Hibah lebih penting.
2. saya dulu kerja swasta. masuk kerja gomen, diorg bagi option kwsp atau pencen. saya pilih option pencen, boleh la buat keluar duit kwsp tu. sebahagian renovate rumah, sebahagian buat gi haji.

FaAtip said...

kes penama ni ramai org salah faham kan? Ada my friend tu (lelaki) letak nama mak dia. Bila dia meninggal, mak ambil semua duit tu. Kesian, menantu tinggal merayu untuk dibahagi2kan pada anak2 yang ada. Hukum faraid langsung tak digunapakai.

jorazak said...

aintsuperwoman:
1. kes sama terjadi pada emak saya. arwah abang tiada anak. siisteri takut hilang banyak bahagian jadi dia dtg minta t-tangan emak dan adik(sbg penama 2 & 3), kemudian dia ke kwsp, dibolotnya semua sekali. sepatutnya penama-penama pergi bersama ke pejabat kwsp utnuk tujuan tersebut. seperti yg saya katakan penama adalah dilantik sebagai pelaksana hukum faraid. kalau diorg tak buat tak boleh nak kata apa. tetapi penama lain boleh bawak ke mahkamah sya'riah. silap emak saya dia t-tangan dokumen tersebut.