Itu adalah catchy words sekarang ini. 1 sana, 1 sini dan entah apa-apa lagi. Nak tergelak semasa dalam Mydin semalam. Masa itu dah masuk waktu Asar. Announcer pun cakap "Assalamua'laikum dan Salam 1 Mydin...".
Dulu kita pernah dengar polisi-polisi: 1 rumah 1 telefon. 1 rumah 1 komputer. Sekarang ada pula 1 pelajar 1 sukan. Sampai sekarang saya masih lagi belum baca di mana-mana apa kesudahan kedua-dua polisi yang terdahulu tu. Saya fikir tidak kesampaian. Sebabnya... masih banyak rumah yang belum ada letrik, dan masih banyak rumah yang belum ada air paip. Saya fikir itu yang lebih penting. Telefon dan komputer satu luxury bagi mereka ini.
1 pelajar 1 sukan. Kita perlu tengok dulu kelengkapan sukan di setiap sekolah sebelum polisi itu dijeritkan. Kita perlu kira berapa ramai guru sukan atau yang berminat dengan sukan atau ada kelayakan kejurulatihan dalam sukan. Nak bercakap tentang polisi memang mudah. Pelaksanaannya akan memeningkan kepala guru besar dan pengetua sekolah. Saya fikir pelajar-pelajar akhirnya akan disuruh berlari di padang sahaja. Itu pun kalau ada padang...
Kata saya...salam 1 blog
No comments:
Post a Comment