Sunday, April 25, 2010

Setelah 15 Tahun...

Sedih mengingatkan nasib peneroka Felda Sungai Buaya. Setelah 15 tahun tiada siapa yang membela nasib mereka. Oleh kerana kematian ahli Parlimen Hulu Selangor, barulah nasib mereka nak dibela.

Kenapa sekarang barulah kedua-dua pihak nak sedar. Apa yang dibuat oleh AP sebelum ni? Apa yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini? 15 tahun? Kalau 15/5, bermakna dah kurang-kurang 3 penggal. Apa kedua-dua pihak tak tahu ke hal ni? Sampai dah dekat 300 peneroka yang meninggal, masing-masing buat tak tahu?

Memang a big time HAMPES!!! Dua-dua pihak HAMPES!!!

Agaknya, setiap ADUN dan AP mati, baru lah sesuatu isu CUBA diselesaikan. Setiap yang bertanding cakap "Kalau KAMI menang...". Tak perlulah cakap macam itu kalau masing-masing ikhlas nak menolong.

Saya rakyat Malaysia yang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia, jadi saya hanya mengiktiraf KERAJAAN MALAYSIA, kerajaan dengan nama yang lain saya tak iktiraf!!!

Kata saya...kalau saya pengundi Hulu Selangor, saya boleh katakan saya masih lagi belum impress dengan kedua-dua pihak. Nasib baik, saya bukan!

3 comments:

aintsuperwoman said...
This comment has been removed by the author.
aintsuperwoman said...

Saya pula melihat kepimpinan yang teratas. Jika tidak meletakkan hukum Allah di hadapan, jika tidak melaksanakan amanah Allah, amanah rakyat, jika masih dengan fahaman sekular, bagaimana saya nak iktiraf. Setakat pembangunan tapi penuh dgn keruntuhan moral, saya belum impress kerana pembangunan sebenar ialah kejayaan mendidik sahsiah diri. Wallahua'lam.

jorazak said...

aintsuperwoman
bila sesuatu "pembangunan" dibuat mereka mendabik dada "Satu lagi Projrk Kerajaan B*** N***". Cuba tengok kat UN, ada tak negara nama itu.
ya, hanya boleh terjadi di bumi bertuah ini...
entah la