Friday, April 16, 2010

Ashab al-Yamin & al-Sabiqun

Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1
Apabila berlaku hari kiamat itu.
2
Tiada sesiapa pun yang dapat mendustakan kejadiannya.
3
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
4
(Ia berlaku) semasa bumi digegarkan dengan sekuat-kuat gegaran (yang dahsyat).
5
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya.
6
Lalu menjadikan ia debu yang berterbangan.
7
Dan kamu pula menjadi tiga golongan (yang berlainan keadaan).
8
Iaitu golongan kanan. Alangkah bahagianya golongan kanan itu.
9
Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu.
10
Dan (golongan yang ketiga pula ialah) orang yang paling dahulu (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mendapat balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak).
11
Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah.
12
(Mereka menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh keni'matan.
13
Segolongan besarnya terdiri daripada umat-umat manusia yang terdahulu.
14
Dan sebilangan kecil terdiri daripada orang datang kemudian.
15
(Mereka duduk di dalam syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertakhtakan permata.
16
Sambil berbaring di atasnya, masing-masing menghadap satu sama lain.
17
Mereka dikelilingi (dilayan) oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan muda).
18
Dengan membawa gelas-gelas minuman, cerek-cerek dan piala atau gelas (yang berisi arak) yang diambil dari sungai yang mengalir.
19
Mereka tidak berasa pening kepala dan tidak pula mabuk
20
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan daripada apa yang mereka pilih.
21
Serta daging burung daripada jenis-jenis yang mereka ingini.
22
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang bermata jelita.
23
Bagaikan mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
24
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang telah mereka kerjakan.
25
Mereka tidak akan mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa.
26
Mereka hanya mendengar ucapan:"Selamat! Selamat!" (daripada seseorang kepada yang lain).
27
Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.
28
Mereka bersenang-senang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
29
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi.
30
Dan naungan yang terbentang luas.
31
Dan air yang sentiasa mengalir.
32
Serta buah-buahan yang banyak.
33
Yang tidak putus-putus dan tidak pula dilarang mendapatnya.
34
Dan tempat-tempat tidur yang tebal (lagi empuk).
35
Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) dengan ciptaan istimewa (tanpa melalui proses kelahiran terlebih dahulu).
36
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh).
37
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
38
(Semuanya itu disediakan) bagi golongan kanan.
39
Iaitu sebilangan besar terdiri daripada orang yang terdahulu.
40
Dan sebilangan besar terdiri daripada orang yang datang kemudian.

Kata saya...Maka, ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan...

No comments: