Tuesday, January 22, 2008

Ayam dan Al-Arqam

Ayam dengan enzim babi diperkatakan dalam Mastika keluaran Disember 2007 dan Januari 2008. Siap temuramah peniaga makanan khasnya nasi ayam. Katanya ayam tak boleh tahan lama dan rasanya dah tawar kalau bandingkan dengan ayam dedulu. Betul ke? Macamana nak buat perbandingan secara saintifik kalau sampelnya tak ada. Nak bandingkan dengan ayam kampung dah tentu lain. Orang kata sedap lagi ayam kampung. Saya cuma nak komen mungkin ayam kampung liat sikit dan kurang lemak, sedap tu saya rasa lebih kurang aje. Nak banding dengan ayam yang Dr. tu promote pun saya rasa mungkin parameternya jugak lain. Mungkin ayam Dr tu boleh banding dengan ayam kampung.

Yang hangat diperkatakan adalah makanan ayam tu sendiri. Katanya ada campuran bahan yang diperbuat dari babi sehingga ayam tu sendiri dah mempunyai enzim babi. Sebenarnya siapa pembekal makanan ayam ni? Siapa pembekal ubat suntikan ayam ni? Cuba pihak yang berkenaan buat pemeriksaan ke atas pembekal. Cari asal usulnya. Lepas tu barulah selidik hasilnya. Bukan hanya buat kajian ke atas hasilnya aje.

Apa kaitan ayam dengan Al-Arqam? Sebelum itu ingin saya maklumkan saya TIDAK menyokong AKIDAH yang dipegang oleh ahli Al-Arqam. Walaubagaimanapun apabila kerajaan mengharamkan Al-Arqam, kerajaan juga telah memutuskan satu talian yang penting kepada umat Islam. Talian ekonomi dan hub makanan halal.

Pada masa Al-Arqam mula bergerak antara makanan halal yang pertama diusahakan oleh kumpulan ini adalah mee kuning. Sekarang mee kuning yang ada kebanyakannya diusahakan oleh orang BUKAN Islam tetapi mempunyai logo HALAL. Logo Jakim. Samada yang betul ke tidak biasanya orang tak ambil tahu sangat. Janji ada logo HALAL. Alah... sepeket RM1.50 aje. Apalah nak kecoh sangat. Ya...benda tulah yang masuk dalam perut kita.

Dalam ceramah Maal Hijrah di surau minggu lepas, ustaz cakap perkara ekonomi pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah memulakan perniagaan di kalangan orang Islam. Sebelum tu ekonomi Madinah di kuasai oleh orang Yahudi. Dalam tempoh 3 bulan perniagaan orang Islam telah menguasai kehidupan mereka. Jadi kalau kita tengok konteks yang sama di sini. Orang bukan Islam menguasai ekononomi di sini termasuk untuk makanan orang Islam. Kerajaan mengatakan nak jadikan Malaysia Hub makanan halal. Kalau hub tersebut diusahakan oleh orang bukan Islam, alangkah malangnya orang Islam...

Kita perlu mula macam apa yang dimulakan oleh Al-Arqam dulu dengan mula pemprosesan makan harian orang Islam. Tak kisahlah, mee kuning ke, mee hoon ke, kuay tiau ke. Kemudian kita boleh bergerak kepada lauk pauk pulak macam kes ayam ni. Mulakan ladang ternakan ayam secara besar-besaran. Jadi tak adalah kes nak naikkan harga ayam masa hari raya. Banyangkan masa raya hari tu RM6.80 sekilo, sekarang dah RM4.80 sekilo. Bila dah berjaya ternakan ayam tu kita berpindah pulak kepada makanan ayam. Buat kajian secukupnya untuk mendapatkan ayam yang berkualiti dengan makanan ayam yang halal. Tak kan tak ada IPT yang boleh buat penyelidikan tentang makanan ayam ni?

Jadi, ada tak usahawan dan jutawan Islam yang nak ambil bahagian ke arah usaha murni ni? Masa zaman Rasulullah SAW dulu, dia buka serban dan hamparkan supaya orang ramai menderma untuk usahawan Islam memulakan perniagaannya. Yang penting orang Islam perlu sokong orang Islam walaupun harganya lebih sikit. Yang PALING penting makanan tu halal.

Kata saya...kalaulah saya jutawan macam Al-Bukhary tu, insya-Allah saya usahakan rancangan ni. Tapi saya hanya cukup makan pakai aje...

2 comments:

mak aji said...

Salam Encik Jo,

Saya pun tak sokong akidah Al-Arqam dan caranya memperalatkan wanita. Tapi memang sayanglah bila ekonomi Islam yang cuba diketengahkan mereka turut berkubur sama. Patutnya mereka ini diberi bimbingan dan galakan, bukan 'dibunuh' terus.

Tapi nampak macam ada agenda yang tidak suka ekonomi Islam berkembang maju secara bersepadu. Usahawan Melayu/Islam banyak menghadapi masalah terutama bila nak bersaing di pasaran. Orang Islam sendiri pula masih ramai yang tak peka dan tak sokong produk orang Islam sendiri. Sekadar contoh, cuba buat kajian, berapa ramai gunakan ubat gigi Mukmin ke atau safi berbanding ubat gigi yang 'biasa'?

jorazak said...

mak aji
Betul cakap mak aji. Orang Islam khasnya orang melayu susah bebenor nak menolong sesama sendiri. Contoh kalau kedai runcit orang melayu, Islam, (OMI) jual 10 sen lebih mahal dari kedai orang bukan Islam (OBI) OMI akan lebih mudah ke kedai OBI. Macamana OMI nak maju kalau dahlah pemborong hanya bagi diskaun kat orang tertentu saja dan OMI tak mahu bantu. Ikut business kalau ramai pelanggan untung bagi setiap barang boleh dikurangkan kerana boleh dioffset dengan kuantiti jualan. Masalahnya yang jutawan tak fikir masalah ini. Yg diorang fikir nak tamabh kaya lagi...