Tak habis lagi kecoh fasal yuran sekolah. Ini gara-gara bajet 2008 kata yuran sekolah dimansuhkan. Yang dimaksudkan adalah yuran RM4.50 dan RM9.00 bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Yang orang bising adalah yuran sekolah yang dikenakan oleh setiap sekolah. Berbeza-beza dan beraneka pelbagainya. Ada yuran tandas, ada yuran dewan, ada yuran komputer, ada yuran PIBG, ada yuran peperiksaan dan ada yuran entah apa-apa lagi.
Saya tak faham kenapa ada yuran tandas, dewan dan komputer. Tandas kan dah ada, tak taulah kalau nak kena bayar untuk kontrak cuci tandas. Kenapa tak ambil pekerja am sahaja untuk tujuan tersebut? Dewan juga kan dah ada, kenapalah beria-ia nak air-cond-kan dewan tu sampai nak minta duit dari pelajar. Cikgu-cikgu dah tak mau guna kipas lagi ke? Rumah cikgu ada air-cond ke? Komputer dan makmalnya kan dah kerajaan dah sedia dan buat? Apa lagi yang nak dibayarnya? Komputer pulak tak cukup, pelajar berkongsi 2 atau 3 orang satu komputer dan bukannya setiap minggu masuk makmal. Sebulan mungkin sekali atau tiada langsung. Jadi ke mana duit semua tu pergi?
Kalau yuran PIBG dan yuran peperiksaan tu saya setujulah dikenakan oleh pihak sekolah. Yuran PIBG tu biarlah berpatutan. Dahlah kena paksa buat "entah-apa"-ton untuk kutip derma. Tak ada idea lain untuk isi tabung. Tentang hadir ke mesyuarat PIBG, bukan saya tak nak datang, biasanya mesyuarat tu hanya dimonopoli oleh golongan tertentu. AJKnya pulak macam dah ditentukan aje. Alah, golongan yang berpangkat ajelah...Yuran peperiksaan tu memang penting. Kalau tak nak cetak kertas soalan kat mana ye. Pejam mata ajelah bayar.
Walaubagaimanapun kalau kita kira semula yuran sekolah ni lebih kurang purata RM250.00-400.00 untuk sorang anak setahun. Kalau dibahagikan dengan 12 bulan bermakna antara RM20.00-35.00 sebulan. Bermakna kalau kita simpan Rm1.00 untuk sorang anak sehari, dah tak ada masalah nak bayar yuran sekolah bila tiba Januari. Fikirkanlah...
Kata saya...ada orang tu hisap rokok kurang-kurang sebungkus sehari. Nak beli rokok tak ada masalah tapi nak simpan duit RM1.00 X 2 (anak dia sekolah 2 orang) tak boleh, sampai bising-bising bila kena bayar yuran sekolah. He, he, yuran sekolah agama belum kira lagi tu...
4 comments:
Pada Helena, annoucement yuran dihapuskan dulu tu yg amat mengelirukan.... dah agak dah benda ni nak berlaku, padahal hanya membabitkan RM4.50 and RM9, ye tak?
I have 4 schooling children.... bengkok betul. Sekolah my son kenakan charge yuran IT RM120. Masa dia masuk tahun 1 last yr, heran jugak and merungut. Tapi sekarang Helena rasa my son bertuah sebab sekolahnya mmg exposekan the students with IT. Masa holiday pun ada IT classes, takyah bayar ... sebab dah byr awal tahun one shot. Memang my son more IT literate compared to his otehr siblings yg belajar kat sekolah lain.
Rasa2nya tahun depan mesti asingkan2K.... just for yuran.... mmmm.....
Helena
Yes, the announcement memang mengelirukan sebab tidak dinyatakan kosnya.
Yuran IT tu kat sekolah anak I RM70.00. Last year dia tahun 4. Dia cakap adalah 4 kali dia masuk makmal. Apa cerita? Sekolah tu pulak tindikan INTEL lagi. Tahun ni dah tahun 5, tak tahulah tu, mcm mana. Luckily kat rumah ada komputer. Internet dia dah expert, Word baru nak belajar. Bolehlah dia buat assignment guna komputer.
Anak I 3 orang dah sekolah. Nasib baik sekolah agama cuma tinggal sorang. Nasib baik jugak buku teks tak payah beli tahun ni. Kalau tak 2K pun tak cukup.
RM70 for IT and 4 lessons aje.... tak patut. Suprisingly under INTEL pulak tu. Maybe u shud complain in the next AGM PIBG.
MY son dapat 2 sessions a week and 5 day lessons during June and Dec school hols....
Helena
Tak apalah yuran IT tu kira sedekahlah kat sekolah. Mungkin tu digunakan untuk pelajar lain.
Post a Comment