Friday, May 02, 2008

Alahai Cik Puan

Balkis, Baiduri, Bunga Tanjung dan yang lain-lain. Apa dah jadi dengan korang? Kenapa nak bubarkan persatuan? Kalau benar persatuan tu untuk isteri-isteri wakil rakyat BN kenapa tak diteruskan? Persatuan tu masih boleh berfungsi selagi masih ada wakil rakyat BN.

Atau...persatuan itu ditubuhkan atas nama isteri ADUN negeri masing-masing. Yang mana isteri wakil rakyat pembangkang (di parlimen) tidak pernah masuk campur atau jadi ahli. Jadi apabila telah jatuh kepada pembangkang (di parlimen) maka persatuan itu nak dibubarkan atau baru nak tukar nama?

Sebelum masing-masing menjerit tak tentu hala, samada dalam kerajaan atau pembangkang (di parlimen), seelok-elok semua balik semula tengok perlembagaan masing-masing. Pada pendapat saya, tanpa melihat perlembagaan persatuan, apabila Parlimen dan DUN dibubarkan tiada siapa yang berhak ke atas kewangan persatuan tersebut. Tak kiralah samada persatuan tu khas untuk isteri ADUN BN. Sebagai contoh, apa jadi kalau isteri bekas MB Terengganu buat keputusan derma semua duit persatuan ke Bakti atau lain-lain, tinggal RM1 dalam akaun. Contoh ajelah.

Selagi peguam masing-masing teliti semula perlembagaan persatuan saya rasa elok semua pihak berdiam diri, jangan buat kenyataan yang mungkin akan menjerat diri dan jangan buat keputusan yang terburu-buru.

Kata saya...kalau dah persatuan tu bertujuan untuk kebajikan kenapa tak bersama-sama berganding bahu berbakti untuk negara. Atau persatuan tu hanya untuk bersuka-suka, takut pulak duit tu orang lain buat joli.

4 comments:

mak aji said...

Salam Encik Jo,

Teringat zaman budak-budak dulu, "Ini geng kita, kita tak nak kawan dengan awak". Begitulah lebih kurang. :)

jorazak said...

Salam Mak Aji
Hi, hi lama tak update pen merah.
Ada satu tahun makdatin-makdatin ada datang sini kononnya main badminton. Memacam cerita saya dengar dari pemandu bas yang bawak diorg ke hulu ke hilir.

WaNNi said...

Mak datin pun nak tumpang sekaki isu2 selepas PRU12.

jorazak said...

ibu baru
makdatin-makdatin pun dah hilang social statusnya macam husband mereka yg kalah PR. Nak balas dendam agaknya. Dah tak boleh joli mcm dulu.