Saturday, May 24, 2008

CYC

Ingat tak tahun lepas masa nak menyambut merdeka ada dua isu bolasepak yang terhangat. Satu berkenaan lawatan Manchester United dan lagi tu CYC. Lawatan MU tak jadi manakala CYC dijalankan di beberapa stadium di seluruh negara. Sebelum nak diadakan ada kata jadi ada kata tak jadi, sampai nak masuk court.

Tahun ni nak buat lagi di Malaysia. Kenapa yek? Rupa-rupanya dikatakan Kementerian Belia & Sukan dah sain kontrak untuk 3 tahun. Dikatakan penganjur dah dikurniakan sebanyak RM17 juta untuk penganjuran itu. Tetiba diorang nak duit lebih dan cuba minta dari pengajur tempatan Pahang dan Terengganu.

Hari ini diwartakan FAM tidak merelakan CYC dianjurkan di Malaysia sebab tidak menjemput FAM bersama dalam perbincangan penganjuran.

Yang buat saya confused...

Macamana KBS sain kontrak tanpa melibatkan badan induk bolasepak negara?

Kenapa 3 tahun kontrak?

Duit RM17 juta tak cukup untuk buat penganjuran?

Apa yang Malaysia dapat hasil dari kontrak ni? Duit rakyat tu.

Boleh Menteri yang dulu dan sekarang tolong jawab!

Kata saya...RM17 juta untuk penganjuran bolasepak belia yang tak dapat menarik penonton ke stadium, oiiiiiii banyak tu! Lebih baik disalurkan kepada persatuan-persatuan belia untuk buat aktiviti mereka. Ini nak beri T-shirt dan topi kat belia pun kedekut! Buang duit tak paedah boleh! Malaysia Boleh!

2 comments:

WaNNi said...

Huhuhuhu...makan bola, tido bola minum bola. Baik campakkan RM1-2k untuk team FKM. Banyak tu perlawanan persahabatan boleh buat.

jorazak said...

ibu baru
RM17 juta, untuk apa ya? Samalah dengan main kapal layar masa musim tengkujuh tu. Siapa yang belayar, ek?