Hari ini sekali lagi DS Azalina "menyeru" rakyat Malaysia supaya bercuti di Malaysia sahaja. Ye lah untuk mereka yang banyak duit untuk dihabiskan di luar negara tu. Yang tak duit macam saya ni nak bercuti apa. Macam saya kata dulu duit tu simpan nak pergi buat umrah atau haji. Itulah cuti ke luar negara saya.
Sepatutnya DS Azalina buat seruan tu semasa sidang mesyuarat kabinet. Cuti berbayar kepada menteri dan timbalan menteri (ada ke? maaf kalau silap!) eloklah dibuat di Malaysia saja. Dah kata nak tunjukkan keprihatinan menteri-menteri semalam. Apa cuti berbayar kat Malaysia tak standard ke? Tanya menteri-menteri berapa ramai yang dah pergi bercuti kat tempat tumpuan pelancong di negeri masing-masing? Contohnya, yang datang dari Terengganu, dah pergi ke Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir? Kalau dah pergi bolehlah bagi feedback kat DS Azalina apa yang bagus, apa yang kurang. Bagi dia kerja sikit.
Ini tidak, cuti berbayar masih lagi nak bagi pergi overseas. Tak kiralah negara ASEAN, tapi duit rakyat mengalir jugak. Kan rakyat yang bayar cuti tu! Kan lebih elok kalau menteri-menteri ni sacrifice diorang punya enjoyment tu untuk bantu rakyat termiskin. Ye lah diorang mana isi minyak kat petrol station dan bayar tol. Esok tak jadi menteri lagi, dah jadi rakyat marhain barulah mereka tahu langit tinggi rendah.
Pengusaha kantin sekolah dah mula naik harga kat Penang. Rasanya semua kantin sekolah akan berbuat demikian tak lama lagi. Semalam pergi pasar malam, air secawan dah mula naik RM1.20 berbanding RM1.00 sebelum ni. Adalah tinggal beberapa gerai yang masih jual harga lama. Gerai-gerai itulah yang jadi tumpuan.
Kata saya...apa nak buat, terpaksalah terima hakikat kenaikan harga. Kena jimat cermat, kurangkan makan minum di luar. Hi, hi, hi, baru 11 haribulan...
No comments:
Post a Comment