Saya masih ingat lagi bila harga minyak dinaikkan sebanyak 30 sen dahulu, antara janji yang dibuat adalah untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam. Sehingga hari ini saya masih lagi belum lihat peningkatan mutu tersebut. Bila harga petrol naik sehingga RM2.70 janji yang sama dibuat sekali lagi...
Semasa cuti sekolah yang lepas saya bawa anak-anak dan anak saudara berjalan-jalan naik LRT. Anak-anak saya hanya beberapa kali naik LRT. Kerana kesuntukan masa saya hanya dapat bawa mereka selepas pukul 5. Bayangkan semasa peak hours, hari Jumaat pulak tu. Punyalah ramai orang kat setiap stesyen. Tren dan komuter pulak tidak on-time, tetapi masih lagi menayang masa bila tren/komuter akan tiba. Hampeh!
Saya ingin mencadangkan Menteri Pengangkutan atau siapa sahaja yang ingin membicarakan tentang pengangkutan awam supaya buat homework terlebih dahulu. Saya ingin lihat mereka naik tren atau komuter semasa peak-hours dan mereka hendaklah datang tanpa bodyguards, tanpa police-escort, tanpa pemberita dan tanpa jurugambar. Kalau boleh tak payahlah pakai tali-leher dan lounge-suit diorang tu. Kalau nak pakai apa salahnya, baru tahu betapa panas dan sesaknya tren/komuter kita. Tu belum cerita pasal feeder bus lagi.
Ini tidak bila menteri nak buat "lawatan mengejut" siap bawa pemberita, cameraman dan wakil syarikat LRT/KTMB/bas lagi. Tentulah yang dihidangkan yang sedap-sedap aje. Diorang tak tahu betapa seksanya golongan yang gunakan pengangkutan awam setiap hari. Kata tren datang setiap15 minit semasa peak hours, yang datangnya selepas 25 minit. Kenkadang missed satu trip. Bayangkan betapa ramainya orang yang menunggu bila itu berlaku.
Dengar cerita tren dan komuter banyak yang rosak kerana tidak diselenggarakan mengikut jadual. Dengar cerita juga tren dan komuter ni dah tak ada spare-parts. Jadi yang rosak di-canniballized untuk membaiki yang lain. Macam pernah dengar aje cerita ni, hi, hi. Tapi tak taulah betul ke tidak. Kena tanya KTMB dan syarikat-syarikat LRT ni!
Kata saya...macam mana kita ni nak bawa kereta, minyak naik dan jalan asyik jammed, nak naik pengangkutan awam tak berbaloi dengan sesaknya...kena tunggu apa diorang nak kata lagi tentang pengagkutan awam.
No comments:
Post a Comment