Wednesday, October 22, 2008

Kena Ciplak

Pagi tadi datang agak lewat ke seminar di PTM. Dah orang ketiga membentang. Semasa berbincang dengan Timbalan Pengarah, dia telah bangkitkan tentang seorang pelajar PhD yang hanya menggunakan perisian dengan memasukkan parameter yang hanya berlainan data. Jadi saya telah tengok kertas kerja pelajar tersebut.

Alangkah terkejutnya saya bila ada pelajar lain yang juga buat GA. Tetapi setelah membaca 2 perenggan dari seksyen tersebut, saya terpegun kerana itu adalah ayat-ayat tulisan saya (hi, hi, bukan Ayat-Ayat Cinta, ek). Teruslah saya melenting, hilang kesabaran tahap gaban...Mana taknya, dia ciplak dan langsung tak sebut rujukan dari mana. Kalau ikutkan pun tak boleh buat rujukan sebab dari dua perenggan tu hanya 2 ayat dia. Yang lain tu dia salin bulat-bulat. Hi, hi, dia nak copy & paste tak boleh sebab tak ada soft copy.

Saya telah maklumkan pada pengerusi sesi pembentang yang juga orang dalam. Dia telah hubungi penyelia saya. Penyelia dah dimaklumkan dan dia akan ambil tindakan. Mungkin esok bila saya perlu jumpa fasal projek taman tasik cempaka, hal ini akan dibincangkan lagi.

Kata saya...apalah bodoh sangat pak arab ni. Nak tiru pun tengoklah kalau perkara tu ada kena mengena dengan tajuk awak. Ini langsung tak kena, main pakai bubuh aje. kena pulak si penulis duduk depan mata pulak tu (dia selalu lepak kat meja member dia sebelah cubicle saya). Memang hampes.

7 comments:

WaNNi said...

ayooo kena palagiat ke. yg buat tu student phd gak ke.

jorazak said...

ibu baru
student PhD yang budussssss! tak ada rasa malu langsung. kejap lagi saya nak tampal perbandingan antara paper saya dengan paper dia.

WaNNi said...

tampat kat blog yek,sy nak tgk gak.btw sy dh dpt keje tu, bila mula xtau lg.tq yek tulun sy.

WaNNi said...

tampat kat blog yek,sy nak tgk gak.btw sy dh dpt keje tu, bila mula xtau lg.tq yek tulun sy.

Sya said...

Ini yg dpt ditangkap.. yg tidak dpt tu berapa banyak agaknya?

jorazak said...

ibu baru
1. insya Allah akan ditampal in a few hours lagi. busy nak siapkan budget untuk taman cempaka tu. prof nak besok...
2. tahniah! dah kerja tu jangan lupa kat menantu saya, ek. hi, hi...


sya
1. under s/visor saya ada 10 org PhD students - 3 melayu, 5 arab of all kinds, 2 indonesians. 5 org arab tu 1 org aje yg boleh percaya. yg lain tu hampes! tak payah cerita.
2. yg ciplak saya tu, my s/visor jadi dia punya 2 s/visor. so kalau saya mention this to the upper management, semuanya terpalit, yg tahu menahu aktiviti mamat tu. the best thing, saya akan bersemuka dengan dia bila dia datang ke office saya nanti. taulah dia langit tinggi rendah then...i think dia dah desperate since dia dah kalau tak silap 2 tahun kat sini but no advancement in his work.

jorazak said...

sya
the second comment should says...
"yg TIDAK tahu menahu akan aktiviti mamat tu"