Monday, December 15, 2008

Air Panas & Kuih Udang

Hari sabtu lepas ajak anak-anak pergi ke kolam air panas Gadek. Ada banyak kolam di situ tapi cuma satu kolam yang boleh tahan kepanasannya. Anak-anak mandi di kolam itu. Saya cuma merendam kaki di kolam lain dan membasuh muka. Orang pun tak berapa ramai di situ. Mungkin sebab airnya yang terlalu panas untuk mandi.

Kebetulan dah ke Gadek, kami terus ke Aor Gajah untuk beli kuih udang Alor Gajah yang dikatakan famous tu. Beli RM10.00 untuk dibawa balik. Saya pelik, namanya kuih udang tapi udangnya tak nampak seekor pun. Yang ada cuma cucur atau jejemput, timun dan fish-stick. Udang memang tak ada. Lebih baik beli dengan mak cik kat TTU yang jual kat bebudak sekolah kat jalan TU **. Udang ada dan murah pulak tu.


Kata saya...kalau tak boleh tidur, bolehlah pergi mandi kat kolam air panas ni, lepas tu tidur mesti lena punya.

6 comments:

Ibu Baru said...

Wahhhhhh bersauna yek. Dah lama tak gi sana padahal 5 min drive je dari rumah nenek. Saya pun tak penah rasa lg cucur udang AG. Selalu beli kat Duyong je depan kedai ranjini. Sedap.

jorazak said...

ibu baru
saya tak mandi pun. budak2 aje yang berendam. mungkin lain kali.
kuih udang tu, rasanya tak berbaloi beli RM10. dahlah udangnya tak ada, rasa udang pun tak ada.

sya said...

Femes ke goreng udang tu?? tak tau le pulak tapi rasa cam biasa aje. Dulu masa makcik sakit kaki rajin jugak bapak bawak ke sini sebab kata bapak kurangkan bisa2 kaki

jorazak said...

sya
1. kata orang le kuih udang tu sedap. pada saya kuih udang tanpa udang mana boleh dinamakan kuih udang.
2. kalau rendam kaki dalam kolam air panas tu lebih kurang effectnya mcm buat reflexology agaknya.

JahRera said...

salam jorazak,

Masa kecil dulu, selalu jahrera pergi main air panas Gadek. Memang boleh jalan dari rumah arwah nenda.
Masa itu belum dikomercialkan, belum berpagar.
Lain kali bawa ukuran suhu, kalau airnya 40 c, bolehlah masuk berendam. Terepi air panas banyak untuk mempertingkatkan kesihatan. Jahrera berendam air panas seminggu sekali, tak gagal punya.

Jahrera teringat ada lawak berbunyi "mana badaknya dalam badak berendam".

jorazak said...

kak lela
1. sekarang ni dah dikomersilkan dan diswastakan, tapi taklah mahal, kanak-kanak RM2, dewasa RM4. ada kawasan yang kerajaan negeri sedang bangunkan bersebelahan tempat itu.
2. memang airnya terlampau panas.
3. badak dah berendam dalam mulut, mana nak nampak...hi, hi