Wednesday, December 03, 2008

Datuk

Semalam headline the Star: Datuk freeze. Sultan: No titles for politicians this year.

Saya bersetuju dengan apa yang cuba diterapkan oleh YMM Sultan Selangor. Gelaran Datuk adalah satu gelaran yang prestij. Kalau diberikan sewenang-wenang tentulah gelaran itu sudah hilang maknanya.

Sepatutnya dibuat bancian umur penerima gelaran Datuk bagi setiap negeri. Tak maulah nanti kita lihat baru berumur awal 30an dah dapat gelaran ini. Senaraikan sumbangan setiap penerima gelaran kepada negeri dan negara dalam buku cenderamata supaya rakyat semua boleh menilai bersama-sama.

Saya rasa ahli politik perlu menilai diri sendiri samada mereka layak menerima gelaran tersebut atau tidak. Cuba lihat rakyat dalam kawasan masing-masing. Terbela atau tidak?

Tak perlulah saya komen tentang mamat bollywood sorang tu, yg akan tiba jam 7.30 pagi dan balik ada malamnya semata-mata nak terima gelaran tu.

Artis-artis kita macam mana?

Kata saya...tunggu ajelah menantu bersalin, dapatlah gelaran Datuk tanpa pingat. Lagi pun pingat tu tak boleh bawa ke kubur pun...

2 comments:

sya said...

Bak kata sorang kawan.. sekarang banyak orang ada title dato' dr title encik. Kekadang geli hati dengar perbualan daton.. datin ni.. masing2 panggil nama masing yg sama.. kalau 2 orang tu faham le ditujukan pd sapa.. tapi kalau dah 5-6 org datok berbual serentak camana tu?

jorazak said...

sya
hi, hi, ada satu joke di satu negeri ini yang berbunyi: jika dibaling batu secara rambang ke arah orang ramai di satu negeri, besar kemungkinan akan terkena seorang datuk...