Saturday, December 13, 2008

Reformis & Bogel

Hi, hi, tergelak saya bila Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), yang ingin berdemonstrasi secara bogel. Saya bersetuju dengan satu akhbar online alternatif yang menyatakan biarlah mereka nak buat demonstrasi tersebut.

Apa mamat-mamat ni tak ada keluarga ke sampai nak buat kerja bodoh ni? Tak pernah ke mereka dengar iklan yang mengatakan,"Yang malu adalah mereka dan keluarga mereka".

Cuba bayangkan, aksi bogel mereka itu dirakam secara fotograf dan video. Di era digital dan internet ini, apa yang akan terjadi kepada gambar dan video itu? Dibuat salinan dan di-upload ke you-tube. Apa yang akan isteri-isteri, anak-anak, mak bapak mereka cuba terangkan kepada rakan dan jiran apabila gambar dan video mereka diedar secara meluas.

Cuba bayangkan isteri dan anak mereka ditertawakan oleh rakan-rakan apabila melihat alat kemaluan suami dan bapa mereka. Hi, hi, tak ke menjadi KEAIBAN yang besar! Inilah nak buat kerja tak guna otak. Diorang ingat kerja gila tu nak malukan orang tapi diri sendiri yang dimalukan.

Kata saya...hi, hi, apa kata kita semua ikut mereka ni pulak, rakamkan aksi JAHILIAH mereka dan edarkan untuk semua orang tengok KEAIBAN mereka semua!

2 comments:

sya said...

Sebenarnya masing nak menunjukkan segala badan dan ntah apa2 lagi dengan bangganya. Kalau nak buat tanpa sebab cam bunyinya gatal kan? So buat lah bersebab dan kalau gambar diedarkan pun tak le malu sebab mereka dah jangka.

Yang nak buat tu tentu body cam model kot.. kalau berbogel pun masih ok lagik.. takkan yg dah macam abby Michelin pun nak buat? ha ha ha... sya dah gelak mikirkan .. what a site for my eyes to bear.. ha ha ha

jorazak said...

sya
entahlah diorg tu, sengaja nak cari publisiti murahan. kalau tengok yg bagi press conference nampak mcm body gedebe aje. apa yg dorg nak accomplish entah. buat kerja tak pekdah aje.