Monday, March 16, 2009

Halal ke Tidak?

Saya terima banyak e-mail mengatakan barangan ini halal, barangan ini haram. Kebanyakannya urusan e-mail berantai. Memanglah ada sesetengah tu dah sah haramnya, tetapi sesetengah yang lain memang terdapat keraguan kesahihan dakwaannya. Ada yang siap dengan alamat websitenya tetapi bila diklik entah ke mana perginya.

Kedai pun sama, ada yang halal dan ada yang haram. Khasnya kalau kedai tu bukan kedai melayu. Kalau kedai bukan melayu kena perlu tengok ada logo halal atau tidak. Kalau tak ada logo halal, akan timbul keraguannya. Dalam satu entri awal saya ada membicarakan tentang kedai makanan Jepun di Jusco Melaka.

Walaubagaimanapun apa yang saya ingin bincangkan adalah kedai makanan orang melayu. Memandangkan kedai orang melayu, kita beranggapan kedai makanan orang Islam sudah tentunya halal. Oleh itu samada ada tanda logo halal atau tidak terus aja kita masuk. Boleh saya katakan kebanyakan kedai makanan orang melayu tiada tanda logo halal.

Sebenarnya kita ambil mudah tentang hal ini. Adakah kita tahu sumber bahan mentah yang dibekalkan ke kedai tersebut? Saya beranggapan tuan punya kedai akan mengambil barangan yang termurah. Soalannya yang termurah datang dari mana? Halal atau tidak?

Soalan seterusnya kenapa kedai melayu tak dapatkan logo halal?

Kata saya...ada sebuah kedai makanan di sebuah pasaraya besar mempunyai kakitangan hadapan berbangsa melayu, kakitangan dapur bukan melayu dan tiada logo halal. Ramai orang melayu makan minum di situ.

2 comments:

sya said...

Ye betul jugakkan.. kenapa kedai Melayu tak de letak logo halal?

jorazak said...

sya
1. dengan assumption apa yg diorg masak tu halal tanpa mengambilkira sumber masakan yg dibeli.
2. proses mendapat tanda logo tu sendiri perlu diambilkira.