Kecoh lagi tahun ini bila pelajar terbaik SPM dapat 20A, 19 1A 1 2A. Kecoh sebab pelajar terbaik dari Kelantan. Kecoh berebut nak tumpang semangkuk. Kecoh nak bagi berebut nak bagi biasiswa/pinjaman kat dia. Walau apa pun pandangan, saya katakan beliau berhak menerima segala penghargaan tersebut. Tahniah!
Apa yang saya tak faham cara dinobatkan pelajar terbaik itu. Perlukah seorang pelajar mengambil pelbagai subjek sehingga ke tahap maksimum dan mendapat A dalam setiap subjek tersebut baru boleh dikategori pelajar terbaik?
Kalau kuantiti yang diperlukan, pada hemat saya pelajar-pelajar di sekolah asrama penuh dan MRSM mungkin mustahil untuk mencapai tahap tersebut. Kalau tak silap saya (betulkan saya jika tersilap) kebanyakan sekolah-sekolah ini menghadkan bilangan subjek yang boleh diambil oleh pelajar. Pelajar pertama yang memulakan revolusi pengambilan subjek secara lambak ini pun telah bertukar sekolah berasrama penuh ke sekolah harian.
Saya letakkan kecelaruan ini kepada penggunaan sijil terbuka. Banyak subjek ada pertindihan yang pada hemat saya tidak perlu diambil oleh seorang pelajar. Sebagai contoh, dia ambil Fizik, Biologi, Kimia, dia ambil juga Perakaunan dan Lukisan Bangunan. Ini tidak, dah ambil Fizik, Biologi, Kimia, ambil lagi Sains.
Seingat saya dulu, saya cuma ambil 9 subjek wajib dan 1 subjek pilihan (English 121/1119 - entah apa diorg panggil sekarang). Untuk menentukan pangkat, agregat 6 subjek diambil kira. Jadi pelajar terbaik ditentukan dengan mendapat A khasnya A1 dalam semua subjek. Sekarang dah ramai yang dapat semua subjek A, peratusan pencapaian dalam setiap subjek diambil kira. Dengar cerita itulah yang dibuat untuk penapisan awal untuk calon ke sekolah asrama penuh bagi keputusan UPSR, betul ke?
Pihak Kementerian Pendidikan perlu ada ketetapan bagaimana seseorang pelajar boleh dinobatkan sebagai pelajar terbaik tanpa mengambilkira kuantiti A yang diperolehi. Perlu ada jumlah minimum subjek dan kategori subjek yang diperlukan untuk pengiraan peratusan gred. Janganlah dianaktirikan pelajar yang hanya mengambil 11 subjek dan mendapat semua 1A. Jangan nanti ada yang ambil 25 subjek semata-mata nak pecah rekod yang baru ni pulak.
Kata saya...apa nasib anak miskin yang lain yang dapat 6 A dan 4 B, tak ada orang nak tolong ke?
2 comments:
Sudah tiba masanya sistem pendidikan dirombak seluruhnya seimbangkan teori dan praktikal itu sendiri bagi menggalakkan penciptaan dengan penerapan nilai-nilai Islam paling berkesan bermula di tadika lagi hingga ipt seluruhnya. Penilaian berdasarkan keputusan peperiksaan di atas kertas semata perlulah ditambah baikkan untuk mewujudkan masyarakat sukakan penciptaan. Penciptaan permulaan bagi melahirkan ramai usahawan dan perlu ditekankan semenjak awal lagi kedua-dua bidang ini.
d'rimba
spm dan stpm hanya untuk dapat sijil kemasukan tempat belajar di peringkat lebih tinggi, tidak ada kemahiran untuk terus bekerja. sama macam o dan a level.
Post a Comment