Wednesday, March 25, 2009

Stop Dreaming

Semalam Jepun sekali lagi menjadi juara World Baseball Classic yang dianjurkan oleh US dengan mengalahkan Korea di perlawanan akhir. Buat kali kedua US gagal memasuki perlawanan akhir. Hi, hi, macam England. Kononnya merekalah yang mencipta bolasepak (walaupun ada yang lain mengaku seumpamanya) England hanya menang 1 (satu) kali Piala Dunia. Itu pun dianjurkan di England.

Baseball di US dkatakan sebagai "favourite pastime". Merekalah yang mencipta baseball, yang katanya mungkin bermula dari kriket. Sudah edisi kedua WBC team USA tidak menunjukkan sebarang potensi untuk menang. Pelbagai alasan diberikan kerana persembahan hambar mereka. Hi, hi, jangan jadi macam basketball, yang juga mereka cipta, sehingga tidak boleh menang di Olimpik dan Piala Dunia barulah nak mengumpul "all stars" mereka.

Macam Malaysia suatu ketika dulu dengan permainan sepaktakraw. Kalau tak silap ada beberapa edisi Piala Dunia anjuran Utusan Malaysia. Kini setelah pelbagai promosi ke negara-negara lain, Malaysia bukan lagi negara utama dalam sukan ini. Thailand, Singapura dan Indonesia pernah mengalahkan Malaysia. Tak hairan nanti Korea Selatan dan Jepun juga akan berjaya.

Dengan kepelbagaian sepaktakraw masakini mungkin sukan ini akan diterima sebagai sukan Olimpik di suatu hari nanti. Tetapi sudahkah kita bersedia untuk hari itu?

Kata saya...itu hari bila tukar guna bola plastik baru kita dah buat protes. Sepatutnya kitalah yang menerajui inivasi sukan ini.

6 comments:

JahRera said...

salam jorazak,

ada beberapa blogawan yang mencatat kemenangan Jepun di WBC tapi semua versi berlainan.
Di sini digabungkan dgn keadaan di Msia, sungguh menarik.

jorazak said...

kak lela
1. tahniah kepada Japan.
2. saya cuma buat perbandingan perlawanan antara tok guru dengan anak murid. kedua-dua menunjukkan tok guru permainan kalah.

Asmara said...

En. Joe saya pun dah naik syok tengok baseball nih. Semangat juang Samurai Japan nih membuatkan mereka terus berjuang. TV Jepun tak abis2 lagi cerita pasal kemenangan diaorg. hehe..

jorazak said...

asmara
kalau tengok semangat berpasukan Jepun & Korea, jauh bezanya dengan team USA. cara diorg support each other. team USA nampak sangat tak ada semangat juang & setiakawan. cuma nak menonjolkan diri sendiri saje.

Helena said...

yela kann.... malu betul bab sepak takraw ni kan..... helena ingat lagi dulu kita terror, pastu thailand start beat kita. Now ni..... hmmm dah takde benda aje nampaknya

jorazak said...

helena
bila sukan ni dah jadi sukan olimpik nanti, entah-entah team Malaysia nak qualify pun belum tentu. semua nak harapkan tektik lama lagi. cuba-cubalah tengok inovasi di Thailand nun.