Tuesday, April 07, 2009

Central Database vs Islands of Automation

Bila dah ada pilihanraya mesti ada pengundi hantu. Kenapa jadi begitu? Yang dah mati pun nama masih ada dalam senarai.

Kalau benar dakwaan tersebut ada yang tak kena dengan proses pendaftaran, pengumpulan dan pemansuhan data oleh suruhanjaya pilihanraya.

Hi, hi, samalah jugak dengan proses saman polis diraja malaysia. Masih lagi perlu diperbaiki.

Berapa banyak pengkalan data agaknya di Malaysia ni? Mungkin satu jabatan ada satu.

Kenapa tak digabungkan? Bina satu pengkalan data sentral untuk digunapakai bersama. Hi, hi, komuter dan lrt pun ada KL Sentral. Walaupun pada hemat saya adalah lebih baik lrt menggunakan satu sistem yang sama dengan komuter.

Kata saya...hi, hi, dulu sikit punya kecoh tentang MSC, Cyberjaya, intelligent itu intelligent ini, sampai sekarang integrasi pengkalan data tidak pernah ada ura-ura untuk dijalankan. Islands of automation is a thing of the past. Macam bincang tentang sliderule dengan calculator!

2 comments:

blogmaster said...

salam JO,
aku setuju sangat dengan pendapat tu.

Tapi nak cerita yang besar, yang kecil kat UKM tu pun tak boleh nak laksanakan.

2- 3 Minggu lepas, aku cuba akses e-journal melalui library UKM, tapi login dan password aku tak boleh pakai. Rupanya library UKM kata nama aku dah di delete sebab No matrik aku tu dah 4 tahun. dan semua senarai pelajar ijazah lanjutan yang dah lebih 4 tahun dia tengah delete dari database Library UKM, tanpa dia validate pelajar tu masih mendaftar ke tidak.

Yang bengongnya library UKM tu simply delete, tanpa check atau syncronise kan dengan database pendaftran.

rupanya bukan aku sorang je, ada ramai lagi yang kena. Dan orang library tu suruh aku daftar balek di Library, kan kerja bodoh ni lebih-lebih lagi di zaman IT.

kalau di UKM yang sepatutnya jadi lubuk bapak ilmu tapi bekerja macam orang tak berilmu apatah lagi yang di luar linkungan tu...

Maaf la En. Tarmizi Othman, kalau tuan masih jadi Penolong Pendaftar di Library UKM tu....

jorazak said...

hassan
biasalah tu, setiap jabatan nak buat sendiri database. biasanya juga database tu not properly maintained. biasanya bila dah ada banyak database, banyaklah syarikat yg bertanggungjawab membinanya...tu sebab tak boleh integrate, tak mau release source code...