Tuesday, April 21, 2009

Minyak

Dah lama tak dengar cerita fasal minyak. Orang ramai agaknya dah dapat menerima harga yang ditetapkan sekarang.

Harga minyak mentah sekarang US$48.20.

Harga minyak di pam tak turun tak naik. Dulu cakap nak umum harga sebulan sekali. tak ada pengumuman pun. Agaknya diorang dah tetapkan harga lantai, dah tak boleh turun lagi.

Juga tidak lagi kedengaran pengumuman kereta menggunakan bahan alternatif. Itu hari masa sibuk orang protes harga minyak naik bukan main lagi promosi dibuat bagi penggunaan bahan-bahan ini. Sekarang apa jadi?

Kata saya...betul ke sekarang ni orang ramai yang memberi subsidi kepada kerajaan dengan harga minyak sekarang? Kalau betul...@$#@$*&%^*)(!!!

2 comments:

sya said...

Eh .. ada ke? eh betul ket? eh penah ke?...

psstt.. biasalah Melayu mudah lupa

jorazak said...

sya
1. tunggu le minyak naik US$80-90-100, baru le berbunyi semula fasal subsidi minyak ni.
2. itu saya baca dlm beberapa blog alternatif dan juga dari kiriman. entah betul kiraan mereka tak tau le, tapi ada logiknya.
3. masalahnya harga minyak di pam stagnant aje. itu yg saya berat kpd nak percaya pada hipotesis itu.