Friday, April 17, 2009

Masihkah Kau Ingat?

I
suatu masa dulu ... harga gula dan tepung cuma 25sen sekati. Masa tu masa pilihanraya gambar kapal layar jadi pilihan. Apa ke nama ... perikatan? Sekarang dah dacing.

II
suatu masa dulu ... masa banjir selalu dapat minum susu panas di sekolah. Masalahnya perut saya tak boleh terima susu. Sekarang disediakan susu sejuk untuk kanak-kanak miskin. Tapi ada pulak yang keracunan.

III
suatu masa dulu ... ada pertandingan membaca ikrar rukun negara untuk pelajar sekolah rendah. Entah macamana saya terpilih wakil sekolah ke pertandingan itu. Hi, hi, johan peringkat daerah dan naib johan peringkat negeri. Kalah kepada wakil Pahang yang jadi johan peringkat kebangsaan. Sekarang dah ramai yang tak tahu rukun negara.

IV
suatu masa dulu ... begitu senang nak buat demonstrasi. Sekolah saya pun ada buat demonstrasi semasa saya Form 1. Adalah beberapa hari tak sekolah. Hi, hi, seronok jugak. Sekarang ni nak buat perhimpunan awam pun kena permit. Nak buat demonstrasi, cari nahas le. Nasib baik tak kena macam Thailand, ek?

V
suatu masa dulu ... bersusah-susah di US dan bersusah-susah di UK. Bila le pulak nak bersenang-senang di sana yek. Sekarang bersusah-susah lagi di Bangi. Bila le pulak nak bersenang-senang aje yek.

Kata saya... apa kata korang tanya diri sendiri, apa yang korang ingat...

2 comments:

Ibu Baru said...

1. sy ingat masa sekolah rendah, makcik kantin jual kuih sambal yg sangat sedap. tapi harganya mahal 50 sen padahal hanya jemput2 besar dgn sambal diatasnya.

2. saya ingat 10 sen dapat 3 biji gula2.

3. saya ingat en jo nak belanja makan ikan bakar. dan sempena ulang tahun kenaikan pangkat saya nak juga dibelanja ikan bakar bagi mengingati hasrat en jo nak membelanja :D

jorazak said...

ibu baru
1. mungkin ibu baru tak baca entri-entri yang saya suruh baca. hi, hi, mana pernah ada org buat makan-makan sempena ulangtahun kenaikan pangkat. hint: ulangtahun...hi, hi, bacalah entri-entri tu.
2. baliklah cepat, sure dapat makan ikan bakar kat muara sg duyung.
3. tahun ni mungkin tak buat barbeque. saya fikir, saya nak masak nasi minyak, lauk ayam masak merah, kurma ayam, acar dan desertnya samada puding raja atau puding roti...