Saturday, April 04, 2009

Dah Naik Tocang

Semalam dengar cerita satu parti komponen BN dah mula bersuara meminta perlantikan Timbalan Perdana Menteri Ke 2 dari YAB PM baru. Hi, hi, mereka ingat macam Timbalan Menteri Kewangan ke 2 agaknya. Yang peliknya tak pula jumpa cerita ni dalam surat khabar arus perdana hari ini!

Alasan? Biasala...

Sekarang, kan tengah demam PRK. Kan, masa PRK ni lah macam-macam janji banyak dibuat. Mungkin mereka fikir apa salahnya memohon, kan. Mana tahu dapat!

Kata saya...masa persidangan UMNO bermacam kata-kata tegas dilemparkan. Nak juga lihat apa kesudahannya. Jangan jadi macam kata pepatah,"Kokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi".

4 comments:

Ibu Baru said...

Sy cam x caya tiba2 ada pm baru.politik carca merba.hrp pm baru lebih tegas,esp bila tun dh msk parti semula.

jorazak said...

ibu baru
kedua2 pihak sekarang memerlukan undi bukan melayu. disebabkan perlu give-n-take, mungkin satu hari nanti...hi, hi tak boleh cakap lagi, kena tunggu kesudahan cakap-cakap di persidangan umno baru2 ni.

blogmaster said...

Salam Jo,
Saya pakcik goggle kan 'siapa yang dah naik tocang tu', kalau betullah apa yang saya jumpa dengan maksud tuan tu, pendapat saya memang perasan dan naik tocang..

Kepimpinan yang disanjung dari negeri-negeri tersebut tu pun setakat ini walaupun menang jadi Naib Presiden tapi kepimpinan nya nak lepas gred C pun entah la. Dulu masa dia jadi menteri hal ehwal pengguna, kena main dek taukeh tepung, minyak, beras dan gula.. cakap dia dah camtu, tindakan dia pung alahai...

Macam tu nak jadi TPM....Kepimpin tak kira dari negeri mana kalau ada karisma dan kepimpinan yang baik orang akan lantik.. bukan nya jadi TPM kuota je.. bukan menyelesai tapi jadi beban pulak nanti....

jorazak said...

hassan
1. bukan orang tu yg dimaksudkan tetapi satu parti komponen BN. orang tu kan umno.
2. aku rasa itu isu sensitif jadi tak masuk akhbar arus perdana.