Tuesday, May 26, 2009

Chin Peng

Chin Peng nak balik Malaysia. Apasal?

Kerajaan Malaysia tak bagi. Siap suruh kemukakan sijil kerakyatan. Hi, hi, we are taking about more than 6 decades of paper. Tak termasuk pindah randah dalam hutan.

Masa banjir tahun 2001 di Kuantan, banyak barangan saya, khasnya buku-buku rosak. Ini kan pulak bila dah kena larikan diri entah beratus kali. Tak kira kena hujan panas lagi. Hanya alasan...

Dengar cerita ada kalangan parti Gerakan yang bersuara supaya membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia. Apa gerangan di belakang suara tersebut?

Pada saya, beliau adalah sama dengan Radovan Karadzic. Beliau bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan oleh PKM sama seperti Karadzic bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi semasa perang Bosnia.

Cuma di sini dikatakan Chin Peng berhak kembali ke Malaysia atas nama 1989 Haadyai Peace Agreement. Agaknya itu sebab kerajaan beria-ia nak sijil kerakyatan tu.

Kalau beliau dibenarkan kembali sekalipun, adakah rakyat boleh mendakwa beliau sepertimana Karadzic didakwa? Adakah 1989HPA telah "membersih" beliau dari didakwa di bawah kekejaman perang?

Lebih eloklah beliau bermastautin terus di Thailand. Ramai benar anak-anak, cucu-cicit, yang masih marah ke atas kematian datuk, nenek, ayah, ibu, suami, isteri diorang.

Kata saya...kenapa kita tak marah Jepun macam kita marah komunis, ek?

4 comments:

Sya said...

Bapak ada salah seorang saksi masa di Hadyai dulu and up till now kalau cakap Chin Peng bapak akan sumpah seranah sebab dia dulu askar British pastu tukar askar Melayu.

Masa tu dia antara wakil bekas perajurit utk si CP ni mintak maaf.

Leyla Shuri said...

salam sdr jo,

ya, saya juga ingin tahu jawapannya.

Kenapa orang Malaysia tak marah Jepun tapi masih marah dgn CP?

Untuk makluman, orang Okinawa masih marah sangat-sangat dengan orang JEpun.
Orang Jepun memaksa rakyat Okinawa terjun ke laut, membunuh diri apabila tentera Amerika menang.

Tapi kenapa Ornag Malaysia sudah tak marah dgn orang JEpun?

jorazak said...

sya
apakata sya minta ayah sya cerita his story, his experience. boleh buat modal entry blog. kalau bagus jalan ceritanya, apakata dijadikan novel.
dah puas baca cerita motivasi, cerita mcmana naik dlm politik, cerita mcmana nak kaya cepat, bla, bla, bla. nak jugak baca cerita pengalaman orang melayu masa zaman british. ni, ayik british aje jadi hero.

jorazak said...

salam kak lela
saya pun masih tak faham. kalau nak ikutkan, ramai juga melayu dan cina jadi talibarut jepun. sama juga melayu dan cina jadi talibarut komunis. ramai juga melayu dan cina mati di tangan jepun, sama dengan di tangan komunis.
mungkin, jepun orang luar, komunis rakyat kita sendiri. mungkin...