Wednesday, May 06, 2009

Mat Rempit & Peragut

Kes 1:
Mat rempit pakat tibai pemuda tidur di bangku taman dengan helmet ramai-ramai.
Keputusan:
Mamat tu yang baru nak report kerja kat kilang, meninggal.

Kes 2:
Kabarnya peragut tarik beg wanita hamil 2 bulan.
Keputusan:
Wanita itu koma, kemudian meninggal.

Dah bertahun kes mat rempit dan peragut di dada akhbar, sampai sekarang masih belum dapat penyelesaiannya. Saya tak mahu menuduh siapa, kecuali mat rempit dan peragut tu saja. sudah tiba masanya supaya hukuman ke atas mereka ini lebih berat diperlukan.

Untuk Mat Rempit:
Polis perlu diberi kuasa untuk melepaskan tembakan amaran. Kalau tak berhenti, tembak aje.

Untuk Peragut:
Hukuman mandatori gantung sampai jika sabit kesalahan bagi kes kematian.

Hi, hi, mohon maaf jika saranan saya ini sedikit emosional, tapi apa yang dah dibuat oleh pihak berkenaan sedikit pun tak berkesan sehingga kini. Kalau tak setuju, apa saranan anda?

Kata saya...apasal kat Singapura tiada kes macam ni. Cuba PDRM gi melawat sambil belajar ke sana. Manalah tahu ada penyelesaian...

6 comments:

blogmaster said...

salam Jo,
Saya pernah bersembang dengan anggota Polis pasal mat rempit ni kesimpulan yang dapat saya buat;
1. tiada peruntukan undang-undang khusus untuk mensabitkan kesalahan merempit ni. kebanyakan peruntukan undang-undang hanya general dan hukumannya seperti yang kita lihat.

2. Polis tak cukup anggota. Kerja polis sangat berat, sekiranya satu kes di bawa dari mula menahan suspect hingga reman, tak boleh nak buat kerja lain dah. Sediakan dukumen, bawa ke majistret, reman nak kena buat sendiri. Silap haribulan majistret reject. lepas tu nak mula siasatan dalam masa reman tu. itu satu suspect kalau 2 & 3 suspect mau dengan anggota polis tu tindur kat balai juga bak siapakan kerja.

WaNNi said...

Kes ragut n rempit dah jadi sama teruk dgn kes dadah. Kalo nak apa2 main ragut je hatta game boy (saya baca dlm paper kes ni). Hingga boleh bahayakan nyawa. Kena buat kajian sama ada kemasukan warga asing jadi punca kes ragut. Mat rempit pun mungkin ada kaitan dgn ragut.

Hal rempit pulak mcm2 rasanya dibuat..yg kena tangkap kena tgk proses bedah siasat pun dah dibuat. Rasa mcm takkan insaf mat2 rempit hingga la mati katak tgh jalan.

Sya said...

Teringat anak seorang kawan yg kata emaknya mcm jadi pelupa sangat disebabkan hentakan dan trauma sebab hpnya diragut ketika dia sedang berjalan di kawasan perumahan dan sedang berbual dengan kawan di talian.

Anak kawan yg baru 16 tahun tu terkejut dan terhentak di bahu jalan. Sampai skrg masih lagik trauma

Sedih dengar kisah wanita yg meninggal tu dan rasanya ini bukan kali pertama kes mcm ni.

Peliknya yg suka rempit ni kebanyakannya Melayu aje.. mcm lah nyawa boleh dibeli di tepi jalan.

Alhamdullilah anak2 saya tak de yg tunjuk minat ke arah sukan bermotor malah motor adik yg ada di rumah pun tak diusik. Selalu diingatkan kalau hilang anggota ketika merempit nanti Allah akan tanya kenapa semasa lahir Allah bagi sempurna tapi kenapa disia2kan nikmat Allah tu.

Sya said...

Sorry.. nak tambah. Rasanya kita ibu bapa kena tanamkan perasaan anak2 dr kecik bahawa merempit adalah keja hina dan bodoh dan tak de pekdahnya.

Bila dari kecik dah ditanamkan sifat membenci mende tu diharap ia akan kekal hingga dewasa. Ini tidak .. bila anak kecik2 buat willy ngan basikal kiat tepuk tangan bangga.. itu yg menjadi tu.

Memang betul cakap blogmaster tiada undang2 specific utk merempit ni dan polis sendiri dah terlalu banyak keja nak dibuat. Overload

jorazak said...

hassan, ibu baru & sya
1.saya cuma nak cerita kes kat rompin. mat rempit berlumba dalam gelap. tak pasang lampu. diorg bergeser dengan kereta. jatuh, 2 org mati on the spot. unfortunately, sorang mamat baru balik kerja jadi mangsa. mamat ni terlanggar diorg, jatuh, dilanggar kereta. perut mamat tu terburai. salah siapa? apa yg nak dikata kat isteri, anak-anak dan ibu mamat tu?
2. satu lagi kes ibu hamil, kena ragut dan meninggal di kb. so?
3. cuma yang saya tahu. hampir semua kes ragut, peragutnya pemuda melayu. apa nak jadi?

blogmaster said...

Jo minta laluan untuk balas pada Sya,

ya betul overload, dan yang tak seronoknya yang pangkat bawah tu akan rasa tertekan.

Dan lagi saja terfikir, berapa ramai agaknya anggota polis yang benar mahir undang-undang yang bila berhadapan dengan suatu kes boleh kata 'ini salah mengikut syeksyen.."

saya pernah kena tahan trafik dah di 'charge' tidak berhenti disimpang tiga, bila nak bayar saman, saman dipinda kepada sekyen lain...