Thursday, May 14, 2009

Tin Susu Pekat Manis

Suatu masa dahulu zaman masa saya kanak-kanak (hi, hi, zaman sewaktu dengan dinosaur), pelbagai cara syarikat pengeluar susu pekat manis untuk melariskan jualannya. Antaranya adalah meletakkan pelbagai gambar di belakang label yang dilekatkan pada tin susu tersebut.

Kalau tak silap salah satu gambar yang dibuat adalah gambar burung-burung di Malaysia. Album untuk melekatkan gambar-gambar burung ini juga dijual kepada orang ramai. Saya tak pasti saya berjaya memenuhkan album itu atau tidak. Yang saya ingat saya sangat teruja bila emak saya membeli susu pekat manis ini. Saya ternanti-nanti apakah gambar yang ada di belakang label itu gambar burung yang masih tiada dalam simpanan saya.

Hi, hi, sekarang promosi seperti itu tiada lagi dijalankan. Tak tahulah kenapa. Takkan orang dah tak minum susu pekat lagi. Masih ramai yang minum teh tarik dan milo. Mana boleh buat minuman tersebut tanpa susu pekat manis. Kenapa, ek?

Kata saya...teringat suatu masa dulu ada pertandingan yang memerlukan saya menyimpan pembalut plastik mee maggi. Sampai sekarang masih ada tabiat nak menyimpan plastik pembalut itu...

10 comments:

Ibu Baru said...

Kat sini susu pekat manis mahal. setin kecik GBP1.39. Tapi jumpa kat yg murah sket GBP0.99 terus beli sedozen. En jo, nak senarai nama bahan utk puding raja...

sya said...

Rajin ek nak masuk pertandingan. Kat rumah saya masih lagik guna susu pekat manis utk Milo even kat opis ni boss requested Nescafe dia dimaniskan ngan susu pekat manis.

Sya paling ingat jingle iklan "cepatlah besar simanja ku sayang... belilah susu cap junjung"

jorazak said...

ibu baru
1. mat saleh kan kononya tak suka makan manis-manis.
2. hi, hi, nanti kalau boring menunggu orang datang jumaat, sabtu, atau ahad nanti saya letakkan di blog.

jorazak said...

sya
1. hi, hi, itu zaman dinosaur dulu. sekarang tak minat lagi sebab semua pertandingan dok asyik guna sms aje.
2. milo kalau pakai gula atau susu lain, tak kick. tapi nescape kalau guna susu pekat manis, saya tak leh gi. prefer gula dan coffeemate.
3. betul, betul, betul, saya masih ingat jungle itu. tapi sekarang kat label susu itu dah diletak "susu pekat manis tidak sesuai untuk bayi" (lebih kurang macam tu)

sya said...

Same here.. nescafe kena gula perang with coffeemate sahaja (brand creamer lain tak leh) kalau tak kena guna susu UHT

Family Memoirs said...

Assalamualaikum Jo,

Naklah jugak resepi puding raja. Kongsi jangan tak kongsi :) MM, KPTM Kuantan

blogmaster said...

Salam,
susu pekat manis dengan creamer sama ka?

jorazak said...

mem
hi, hi, tak kan tak tahu buat puding raja. kan mas, wife azman, dah ajar org kuantan dulu.

jorazak said...

hassan
kalau tak silap lain sikit. aku pernah guna kedua-dua dari brand yg sama, rasa krimer macam hang tambah gula pada minum yang dibubuh susu pekat manis untuk memaniskan lagi minuman. Atau maknanya kurang susu tambah gula.

jorazak said...

sya
nescafe dengan gula dan coffeemate lebih lemak dari nescafe dengan susu pekat manis.