Wednesday, May 27, 2009

Apara...

Kes 1

Saya rasa En. Hassan akan seronok dengar cerita ini. Ingat tak satu entri saya tidak lama dulu bertajuk "Central Database Vs Islands of Automation". Entri ini adalah contoh terbaiknya.



Akhir semester 2 dulu saya telah pergi untuk membayar yuran asrama di kaunter bayaran Bendahari. Saya dikejutkan apabila saya terpaksa membayar sebanyak RM1441.00. Dalam kiraan saya sepatutnya tak sampai RM1000.00.



Saya tanya boleh buat perincian ke bil tersebut. Pegawai yang bertugas kata kena pergi kat Unit Perumahan Pelajar. Pegawai ini tak boleh nak access maklumat tersebut! Memandangkan jam dah dekat waktu rehat tengahari, saya balik ke asrama, TIDUR!

Saya seterusnya berjumpa dengan pegawai asrama. Malangnya dia hanya boleh berikan kepada maklumat bayaran yang saya kena bayar untuk semester 2. Bayarannya cuma RM792.00.

Jadi macamana satu komputer beri jumlah RM1441.00, satu lagi RM792.00. Yang sahnya pada semester 1 juga saya telah bayar lebih, RM1120 dengan RM954.

Apa dah jadi ye, En. Hassan. Komputer yang mana satu yang betul?

------------------------------------------

Kes 2

Pagi 2 minggu lepas saya dimaklumkan tangki bilik air asrama kami akan ditukar. Saya dan 2 rakan seasrama perlu menumpang bilik air asrama yang lain.

Tengahari saya balik, pekerja sedang membuka tangki air. Petang saya balik tengok tangki dah berada di beranda asrama. Malam itu saya dan rakan terpaksa menumpang gunakan bilik air pelajar lain. Kami dimaklumkan kerja pembaikan memakan masa 2 minggu!

Hari khamis petang sebelum ke KL sehingga hujung minggu, saya jenguk ke asrama. Tangki air masih di luar, tidak terusik. Nasib baik dapat tidur di hotel dari petang khamis hingga ke hari ahad.

Saya maklumkan pada penyelia, saya akan berada di Melaka sepanjang minggu lepas. Kalau berada di asrama saya memang tak sanggup gunakan bilik air pelajar itu...

Balik hari Isnin, saya sampai di asrama pukul 10.00 pagi. Pekerja masih membaiki tangki. Petangnya balik, saya lihat tangki air dah boleh digunakan. Saya dapati mangkuk makan saya berada di bilik air. Jag air dan pengumpul sampah saya dah hilang!!!

Saya bertanya kepada rakan lain, tangki air mereka perlu ditukar atau tidak. Mereka jawab TIDAK. Apa yang saya musykilkan, tangki air saya TIDAK bocor. Jadi kenapa perlu di perbaiki???

Kalau perlu diperbaikinya pun tak sampai 2 minggu! Abang saya pun pernah tolong saya baiki tangki air rumah saya. 2 hari saja yang dia perlukan!!!

Kata saya...APARA...

6 comments:

blogmaster said...

Salam Jo,
1. Saya reserve comment saya pasal UKM tu, sebab saya dah lebih dari sekali kena bab a/c yang tak seragam tu di UKM tu, almaklumlah mana kita nak simpan semua resit tu kan..

2. Bab tangki tu, macam cerita syabas jugak le, ada orang kata kerja penukaran keseluruhan paip Syabas tu pun tak perlu sebab kita ada NDT teknik yang boleh scan paip yang perlu ditukar sahaja, jadi tak la melibatkan perbelanjaan yang besar macam tu..

memang betul APARA....

jorazak said...

Salam Hassan
1. Hi, hi, sekarang universiti hutang aku dekat RM600.00. Sah org kat Bendahari main tarok aje.
2. Aku lupa nak komplen kat org asrama tadi. Paling aku marah, jag air aku hilang. Terpaksalah buat air satu cawan aje.

blogmaster said...

Salam Jo,
macamana nak e-mail kat hang, aku ada something about your friend masa kat negara Uncle SAM dulu.

hassan

jorazak said...

Salam Hassan
guna aje jorazak@gmail.com

sya said...

Dari dulu sampai skrg penyeliaan kamsis UKM memang tak ada kemajuan ek? Ada wakil Kamsis pun akhirnya mementingkan kesenangan mereka sendiri di Kamsis dulu.

Tapi masa time sya ada gak bagusnya kelembapan tu, semasa mula2 masuk kamsis dulu dok sebilik ngan sorang kawan yg ada Diploma ITM. Tak sampai sebulan kawan sebilik tu ditawarkan jawatan di pejabat kerajaan. Terus aje dia berhenti dan maklumkan pd pihak Kamsis D.

Pihak Kamsis lak mcm tak tau ada kekosongan satu katil, so sya duduklah seorang diri selama setahun di Kamsis tu walaupun masa tu baru tahun pertama (ke 2 utk yg ada Diploma).. untungkan?

jorazak said...

sya
1. yg fasal tangki air tu, rasanya mungkin tersalah blok. juga mungkin kontraktor memang buat kerja lembap.
2. asrama saya kat luar. mostly postgraduate students. fasal aktiviti memang kitorg tak join sangat.