Monday, May 25, 2009

Ron 92, Ron 95, Ron 97 (Edited Version)

Hi, hi, rupanya saya mendapat mendapat maklumat yang salah. Sila abaikan ayat diwarna biru dalam entri di bawah. Sila baca maklumat dalam laman sawang yang disarankan oleh En. Hassan. Terima kasih!

-----------------------------------------------
September nanti dengar cerita Ron 97 nak naik 20 sen. Kononnya kerana kerajaan nak menjadikan Ron 97 minyak premium. Penggunaan Ron 92 pula akan ditamatkan. Baru-baru ini kerajaan mula menjual Ron 95 untuk menggantikan Ron 92.

Dengar cerita Ron 92 dimansuhkan kerana tidak ramai yang menggunakannya. Apara...

Kalau dibuat bancian kereta sekarang, kebanyakannya terpaksa menggunakan minyak "Unleaded". Itulah yang kita gunakan sekarang, Ron 97. Kereta-kereta lama sahaja yang gunakan minyak "Leaded", Ron 92.

Dengar cerita juga harga Ron 95 adalah lebih tinggi dari Ron 92 tapi lebih rendah dari Ron 97 yang akan dinaikkan harga. Betul ke? Yang saya benar-benar tak dapat pastikan samada Ron 95 ni 'Unleaded" atau "Leaded". Ada orang tahu?

Kalau Ron 95 itu juga minyak "Leaded", bermakna kebanyakan rakyat masih TIDAK boleh menggunakannya. Sama macam Ron 92. Tak percaya, cuba lihat manual kereta masing-masing! Kalau "Unleaded", bermakna kita diberi pilihan, dengan kenaikan harga.

Yang saya tak puas hati, kenapa mesti dinaikkan harga Ron 97?

Kata saya...ke mana subsidi minyak yang saya berikan pada kerajaan dalam beberapa bulan ini? Senyap aje dari bekas menteri dan menteri terkini, tiada perubahan harga dah lama ni.

6 comments:

Sya said...

Tak faham langsung pasal Ron Ron ni.. yang tau minyak hitam = diesel, merah = keta baru takleh isi, hijau = yg skrg dok isi dan skrg ni ada warna kuning, ari tu isi gak kuning tapi saspen aje ok tak keta tu..

jorazak said...

sya
yg merah tu Ron 92, hijau Ron 97, yg baru kuning Ron 95 kut. kena pastikan yg kuning tu samada unleaded atau leaded. rasanya your aeroback should be using unleaded petrol. saya masih belum jumpa yg kuning lagi. enjin akan rosak kalau salah guna petrol. itu sebab kat tangki minyak tu ditulis "Use unleaded gasoline only"

blogmaster said...

Salam Jo,
Petroleum bukan bidang saya, tetapi saya pernah membaca berkenaan RON (Research Octane Number)ni.

With all due respect to you,
saya yakin kebanyakan RON 92 yang ada sekarang adalah juga 'unleaded'.
RON dan 'unleaded' adalah dua perkara berbeza. leaded petrol dah lama tak dijual di Malaysia.

saya pernah guna Minyak regular (masa harga minyak melebihi RM 2, baru-baru ini) i.e RON 92 for my Toyota Vios automatic and Unser automatic walaupun dalam manual kereta tersebut dicadangkan minimum RON 95. Saya tidak pun mengalami masalah 'knocking'.

Saya juga pernah testing Shell V-Power Racing (RON 100?) pada Toyota Unser untuk naik Cameron Highland.

This 2008 article munkin boleh dikongsi bersama http://www.motortrader.com.my/NUS/articles/article_1352/page_m.asp

tq

jorazak said...

hassan
yes you're right!!!

Jess said...

Petro yang jual kat market sekarang semual Unleaded, tak kira Ron92 atau Ron97.

Kebanyakan kerata modern boleh guna Ron92. Hari ni, kita semua masih guna Ron97 kerana semua telah tertipu oleh syarikat minyak.

From Jess
http://kidsislands.blogspot.com/

Unknown said...

If every one to know its more effective to use other source of power for better performance to your engine by using hydrogen free fuel. even the price of fuel will be increase its better to use other source of power too...

here some info for it:
http://www.hydrox.sutraworlds.com/

maybe this could benefit more to your cars engine.