Wednesday, June 17, 2009

Alor Setar @ Star

Semasa dalam perjalanan ke Alor Setar @ Star tempoh hari, saya lihat papan tanda jalan di lebuhraya telah mengubah nama Alor Setar menjadi Alor Star. Boleh main tukar-tukar macam itu aje ke?

Yang peliknya bila saya tengok papan tanda kat sekitar Alor Setar ke Kangar, Alor Setar masih Alor Setar.

Cuba kita lihat antara nama pekan atau bandar di Malaysia ni

Kota Bharu
Johor Bahru
Tanjung Bungah
Banda Kaaba
Banda Hilir

Tu belum kira nak eja Ulu Kelang atau Hulu Kelang atau Ulu Klang atau Hulu Klang. Hi, hi, juga belum lagi kira slanga yang digunakan untuk menyebut perkataan kedua tu.

Kata saya...kalau yang dulu tu tersalah eja, perbetulkanlah tanpa perlu nak mengingat nostalgianya, yang dah betul tu kenapa pulak nak disalahkan pulak.

9 comments:

sya said...

Kalau dulu tempat sya duduk dulu dipanggil Tranquerah.. ejaan Portugis betul, skrg ni dah di melayukan menjadi Tengkerah..

jorazak said...

sya
saya masih tak faham kenapa bandar jadi banda

Ibu Baru said...

sy rasa tak perlu dibetulkan nama2 yg dah sedia ada sebelum merdeka lagi. bagi nostalgia sikit. dan tak de kesan pun saya rasa. nama tempat2 yg baru je la bagi ejaan betul. buat confius je.

jorazak said...

ibu baru
1. masalahnya ejaan mana yang betul. bharu atau bahru. kedua-duanya mempunyai makna yang sama, something new.
2. apahal pulak diorg nak tukar setar ke star. nak bagi naik slanganya atau nak kasi manglish sikit?

Helena said...

orang2 kat atas tu sebenarnya tak da keje tu..... hehe

Cari la benda berfaedah yg boleh dibuat.... betul tak.

blogmaster said...

Sya,
Tranquerah.. tu bukan Tenggara ka?
saya dok ingat Tenggara sebab MP dia tu ehemmmm..

sya said...

Tengkera bukan Tenggara lah.. maalum le MP Tenggara tu ehem.. Tengkera pun nak dimasukkan ke jajahan takluk Tenggara.

Tengah fikir Tengkera tu sapa lak DUN nya. Yang tau DUN Durian Daun.. Betty Chew tu kawab baik masa sekolah rendah n menengah

jorazak said...

helena
atau pun nak dapatkan kontrak tukar signboard...hi, hi

jorazak said...

hassan dan sya
tenggara tukat johor, tengkera kat melaka. kan masjid tengkera tu antara masjid tertua di malaysia. hassan, it's about time hang gi cuti-cuti malaysia ke melaka...hi, hi