Petang Jumaat lepas saya menghantar anak ke Sekolah Agama JAIM TTC untuk khemah ibadat. Program ini dianjurkan oleh satu sayap parti politik. Biasalah, masa pendaftaran tu, cik adik cik adik ni pakai baju pink mereka.
Semasa saya masuk ke perkarangan sekolah, terpampang di papan tanda pintu masuk ditulis, "Zon Menutup Aurat". Ye lah itu sekolah agama dan bersebelahan dengan sebuah surau.
Malangnya semasa pendaftaran saya lihat pihak penganjur memakai baju T pink, mendedahkan lengan mereka. Nasib baik mereka semua bertudung.
Kata saya...seperti Zon Larangan Merokok, elok aje orang merokok tepi bangunan.
6 comments:
kepimpinan melalui teladan.. heheh..
kalau kita kata dia marah..
kita diam aje lah..
perli mungkin terasa kot ye ;)
psstt.. kirim salam dengan Kak Ida.. :)
neeza
1. sangka baik, mungkin diorang tak perasan papan tanda tu. tapi... yg diorg anjurkan itu, khemah ibadat!
2. dah b'tau dia. hi, hi, dia pun tak sure yg mana satu you...
salam Jo,
itu hari tak sempat sembang panjang dengan hang....(maaf).
1. yang ni takdak related to this entri, tapi 2 entri sebelum ni pasal database....universiti APEX tu buat silap besar pasal announcement intake nya. implikasi dia boleh jadi sangat besar, sebab universiti tu menguruskan sendiri intake dia tak melalui UPU,......kalau dah 2 hari dapat tiba-tiba nama hilang ni payah nak jelaskan ni.....
salam hassan
bak kata kawan aku, may be silap pilih untuk dijadikan APEX university.
ish puteri ni..... buat malu jer dgn budak2 sek agama tu...
helena
agaknya mereka dah terbiasa dengan pakain macam tu. mungkin masa pendaftarab aje kut. kenapalah diorg tak sponsor baju lengan panjang untuk puteri. kan lebih elok.
Post a Comment