Friday, June 19, 2009

Sawah Padi

Ini adalah salah satu sawah padi yang ada banyak di Kedah. Samada ia terus begitu, bergantung kepada keadaan dan arus kemajuan manusia.

Saya telah lihat banyak sawah padi yang masih subur telah dikorbankan atas nama pembangunan. Antaranya, sawah padi dah jadi kompleks sukan, mahkamah, padang rekreasi jubli, kompleks aquatik dan hi, hi, muzium padi.

Itu belum kira bahagian sawah yang telah dibuat rumah persendirian atau yang telah ditukar status menjadi taman perumahan. Tanah sawah!

Yang saya pelik kenapa kerajaan mengambil tanah yang subur ini untuk tidak disuburkan. Kalau nak dikira banyak lagi kawasan yang tidak subur yang boleh dibangunkan untuk tujuan ini. Nasib baiklah sebahagian tanah yang telah diambil kerajaan masih belum lagi ada apa-apa progres. Jadi rakyat yang berprihatin atas kekurangan beras tempatan masih lagi bersawah di kawasan itu. Walaupun ada papan tanda "Tanah Kerajaan. Penceroboh Akan Didakwa". Hik, hik.

Kata saya...kena tanya pentadbiran yang lama kenapa mereka buat begitu...

12 comments:

JahRera said...

Salam jorazak,

Dalam kesibukan projek sekarang, terpaksa juga saya menyelah di sini.

Keadaan yang sama berlaku di Jepun dan masih berlanjutan. Orang-orang muda meninggalkan kampung ke bandar besar dan yang tinggal hanya yang tua dan tidak terdaya mengendalikan bendang lagi.
Kerajaan Jepun menawarkan berbagai insentif dalam bentuk wang dan alat untuk terus menyambung kerja-kerja bendang. Ini disebabkan ekonomi Jepun berasas pada "self-sufficiency."
Jepun tidak perlu beras asing untuk menampung penduduknya walaupun negara lain mengalami kekurangan makanan.
Pada orang Jepun, beras itu ibu semangat. Beras yang ditanam sendiri memberi semangat kebangsaan negara. Beras ini tidak boleh disamakan dengan beras yang ditanam dari negara lain.
Setiap tahun, Maharaja Jepun sendiri masuk ke bendang dan menanam tunas pertama untuk makanan mereka setahun. Maharaja Jepun hanya makan beras yang ditanam dalam perkarangan istana!
Maaf, bercakap tentang beras memang boleh buat saya terbawa jauh!
Selamat hari Jumaat.

sya said...

Bercerita pasal tanah teringat tanah bendang sendiri yg tak diusahakan, nak dijual banyak nama dan banyak songehnya dan belum tentu ada yg nak beli. So harap lah gomen amik dpt duit dr gomen.

Masa kekecik dulu paling kurang 6 bulan dalam setahun dpt beras baru, tapi kami anak2 tak suka bukan sebab makan beras tu tapi sebab bila dapat padi dr kampung kena jemur .. maka kenalah tunggu ayam ke burung ke.. and bila nak kaup semula padi badan habis miang.

Skrg ni kat kampung sya tak de langsung org usahakan tanah sawah sumenya terbiar.. sayang sungguh

blogmaster said...

Sya,
maaf nak tanya, kat mana tu, ada ke orang nak jual tanah kat situ, rasa-rasa berapa seekar dan berapa jauh dari jalan utama? sekadar nak tau mana lah tau dah tua ni nak jadi petani la pulk

jorazak said...

salam kak lela
1. saya pun tak faham kenapa jadi begitu. padahal kecoh sebab harga beras yang meningkat naik. banyak beras yang dimpot. alih-alih dimusnahkan pula sawah bendang.
2. memang golongan muda tak berminat untuk berbudi pada tanah. semua nak kerja senang, esp. dlm air-con, dan dapat gaji banyak.
3. saya sangat respect usaha yang dibuat kerajaan jepun.

jorazak said...

sya
1. ya, susah anak muda nak ke sawah. kena lumpur dihidap lontah. dapat duit pulak lepas jual padi.
2. dulu arwah nenek angkat saya pun buat sawah. sekarang kawasan tu dah tak ada tanam padi lagi. air pun dah tak masuk. memasing pakat tanam kelapa sawit pulak.

jorazak said...

hassan
1. laju aje hang bila dengar org nak jual tanah.
2. tanah sya tu agaknya kat melaka..

blogmaster said...

Salam Jo & all,
kat malaysia ni banyak tanah pertanian kat kawasan yang membangun harga dah berlipat ganda. Saya ada jugak cita-cita nak cari tanah untuk pertanian, tapi di Selangor ni kalau dah cecah RM 70k satu ekar, pening kita nak cari projek pertanian yang boleh bagi return pada investment yang sebegitu begitu tinggi..

Helena said...

sebabnya... nobody up there really cares. Buat kerja utk dpt gaji aje.... no passion for the work and basically couldnt care less attitude on apa yg akan terjadi....

Siapa yg care, siapa yg ambil berat.... selalunya akan jadi mangsa....sebab memandai nak tunjuk pandai.....

blogmaster said...

Salam Jo,
sebelum tu saya mohon beribu maaf, saya nak respond pada helena (bukan nak highjack blog ni ye..)

Dear Helena,
marilah kita berlapang dada, jangan kita mudah menuding jari kepada sesiapa.
saya percaya sebahagian besar permasalahan ini juga datangnya dari kita juga. seringkali juga tindakan dibuat bagi mengimbangi desakan golongan bawah juga..
saya bukan nak mempertahankan golongan yang kat atas tapi yang kat bawah juga ada peranan dan tanggung jawab untuk sama-sama mengekang suatu permasaalahan

wallaua'lam..

sya said...

Blogmaster

Tanah kampung saya di Kg Tanah Merah, Krubong, Melaka. Tanah tu bersempadan kan sungai terus bawa ke darat. Ntah berapa ekar pun tak tau.

Kat sana memang banyak tanah terbiar, anak2 muda lebih suka keja kilang atau merempit ngan motosikal. Yang tua tak daya lepak kedai kopi aje.

Kawasan tu dekat ngan Stadium Hang Jebat, Melaka and tempat Agong berlumba kuda lasak setahun sekali

jorazak said...

helena & hassan
saya tengok kes ini dari 2 sudut:
1. kerajaan perlu ambil tanah atas nama pembangunan
2. rakyat perlukan duit pampasan untuk pampasan tanah mereka.
a. tanah yang diambil adalah antara tanah sawah yang amat subur. tempatnya memang strategik untuk dijadikan kawasan pentadbiran negeri yang baru. macam kat ayer keroh di melaka ni.
b. rakyat telah diberikan pampasan yang setimpal. cukup habuan untuk sekurang-kurang 2 generasi. cuma mereka ini masih lagi pesawah. itu sebab bila sawah itu belum digunakan oleh kerajaan, mereka masih mengusahakannya.
kita lihat di satu pihak, tanah subur dan pesawah, di satu pihak lain kerajaan dengan wang pampasannya.
hi, hi, kalau kena pesawah yang dah tak berminat nak bersawah oklah. tapi bila nak diambil tanah dikira majoriti.
cuma...seperti yang saya kata, kenapa ambil tanah sawah yang subur???

jorazak said...

sya
saya lihat tanah kat kawasan stadium tu banyak dah jadi kebun sayur. saya agak saya tau siapa yang mengusahakannya...