Tuesday, June 16, 2009

Popia

Dalam perjalanan balik ke Alor Setar @ Star, saya singgah di Ipoh untuk cari makanan di atas. Dulu masa sekolah kalau ke pekan Ipoh saya akan singgah di gerai ini untuk makan popia. Memang sedap dimakan bersama ABC.

Kali terakhir saya makan, kalau tak silap, tahun 2005/2006 bersama Dekan dan Timbalan Dekan saya semasa kami ke utara. Popianya masih lagi sedap.

Malangnya kualiti yang dihidangkan petang itu tidak sampai ke tahap yang sama dari sebelum ini. Saya nampak tukang buatnya dah orang lain.

Macam di pasar malam seksyen 16 Bangi. Ada yang guna nama sama dengan popia yang saya biasa makan di Ipoh. Kali pertama cuba, bolehlah tahan rasanya. Ada sikit-sikit rasa macam kt Ipoh.

Hampir 3 tahun saya di sini, tukang buatnya dah bertukar berkali-kali. Pertama, makcik yang macam mamak sikit, lepas tu makcik melayu, kemudian bangla lelaki, ditukar ke mak indon dan last sekali saya tengok makcik melayu yang lain pulak.

Kata saya... petang ni ada pasar malam, nak tengok siapa pulak tukang buatnya.

4 comments:

sya said...

Popia Mat Bangla buat??? Tak suai langsung

blogmaster said...

Jo,
Popia S.S. Ali ka?

jorazak said...

sya
ha, ah, agaknya kawan tu dah sub gerai dia.

jorazak said...

hassan
1. yes, begitulah namanya. cuma di pasar malam s16 ni dia bagi nama S.S Ali popia.
2. hi, hi, mak cik tu lagi hari ni.