Tuesday, June 23, 2009

Duit Syiling

Saya ke kaunter untuk membayar barangan yang diambil.

"Semuanya Rm12.30. Ada 30 sen?"

Itulah yang selalu disebut oleh cashier, khasnya kalau di kedai melayu. Kalau di kedai cina, jarang persoalan itu ditanya. Apa pekedai melayu simpan semua hasil jualan setiap hari beserta duit syiling ke bank?

Dulu masa saya kecil, pekedai cina gantung duit syiling mereka dalam tin besar. Nak duit syiling diorang tarik ke bawah tin itu. Saya pelik kenapa pekedai melayu tidak simpan duit syiling dan wang kecil secukupnya, khasnya di awal pagi pembukaan kedai.

Kata saya...biasanya saya akan jawab, "tiada".

4 comments:

sya said...

Sekarang ni pun peniaga Cina masih gantung duit syiling dlm tin.. kat pasar Nilai ni kebanyakan buat gitu.

Peniaga/cashier Melayu selalu mintak syiling, kat rumah sya ada setabung buluh duit syiling, tengah fikir nak pi htr ke bank aje kira dan masukkan utk arif

jorazak said...

sya
biasanya kalau pergi bank, duit syiling akan kena "float" dulu.

blogmaster said...

Jo,
ini pasal entry hang itu la yang berkaitan http://jorazak.blogspot.com/2009/06/itu-la.html

hari ni muka surat depan the STAR iklan kat kaki; "say NO to Plastic Bags Campaign" ditulis sebagai header nya, tapi kat isi tulis; take part in "Say NO to Plastic Bags" campaign - perati tanda 'koma dua atas" tu, aku yakin maknanya berlainan tu ...
kahh kahh kahhhh, yang mana satu nak ikut nih....

jorazak said...

hassan
1. hi, hi, itu akhbar BI...
2. kalau tak silap aku, ada e-mail yg ber cerita pasal penggunaan koma dalam ayat dalam e-group yg kita langgani.
3. hi, hi, esok aku blog pasai beg plastik...