Monday, June 29, 2009

Empat Tahun La...



Semalam, 28 Jun 2009, genap umur Afiq Ridhwan 4 tahun. Tahun ini ayah dia malas nak buat barbeque ayam macam tahun lepas. Ayah dia cuma belikan frozen chicken drummet. Jadi mama dialah yang kena goreng. Mama dia juga goreng mi dan keropok.

Pukul 3 petang Afiq Ridhwan dan Arif Najmi pergi ke rumah kawan-kawan sebelah rumah untuk jemputan pukul 5 petang. Ada kawan dia yang tak dapat datang. Ada yang tidur dan ada yang ikut parents pergi jalan.

Abang-abang dia telah belikan hadiah untuk dia. Tapi...abang-abangnya pulak pakat main permainan yang dibelikan untuk hadiah harilahir dia, hi, hi.

kata saya...semoga Afiq Ridhwan menjadi anak yang soleh. Belajar rajin-rajin sebab Afiq Ridhwan banyak cita-citanya. Afiq Ridhwan bercita-cita nak jadi Doktor, Askar dan Angkasawan. 3 dalam 1, hi, hi.

3 comments:

sya said...

Selamat Hari Lahir Arif Ridhwan semuga membesar menjadi anak yg soleh dan berjasa kepada agama dan ibu bapa

jorazak said...

sya
TQ.
Hi, hi, sya join nama 2 beradik tu together, Arif Najmi & Afiq Ridhwan. Tak apa, Afiq Ridhwan gets the message.

sya said...

Laa sya asyik ingat Arif aje.. leh silap