Friday, October 30, 2009

Buku

Merata saya mencari buku 3 buah ini. Yang ada di perpustakaan adalah edisi lama. Akhirnya saya dimaklumkan ada dijual di kedai buku Islam di bandar Melaka. Esok boleh bawa jilid ke 3 ke kuliah agama di Masjid Al-Alami.

Mastika Hadith Jilid 1, 2, 3

Sebelum itu saya ke Kinokuniya, Suria KLCC. Beli buku-buku bahasa Arab ini. Hi, hi, baru selak-selak 2, 3 helai aje...
Buku Bahasa Arab
Saya juga telah ke kedai buku MPH di Mahkota Parade. Beli juga buku-buku ini...

Buku 3 T dan Kamus Bahasa Arab

Semasa hendak membeli buku Mastika Hadith, saya terpandang buku di bawah ini, hasil tulisan Dato' Ismail Kamus. Ianya merupakan salah satu buku yang lengkap mengupas Fardhu Ain. Saya mencadangkan semua keluarga Islam membeli, menyimpan, membaca dan mempraktikan apa yang dibincangkan dalam buku ini.

Indahnya Hidup Bersyariat

Kata saya...belilah buku banyak-banyak. Selain dari boleh membaca boleh juga tolak itu income-tax. hi, hi...

4 comments:

blogmaster said...

Jo, teruskan membaca. Aku dok fikir nak tulis buku pasal cendawan, sampai la, hanya tajuk dan rangka sahaja .... nanti bila subjek yang aku nak tulis tu dah sejuk, kalau pun dah jadi buku macam cendol basi le jawapnya.

jorazak said...

hassan
macam saranan aku dalam entri Pengiraan, mulakan penulisan sehari semuka. boleh kan, tak sampai setahun, dah siap. aku cadang hang tulis tajuk bab dulu. tulis ikut datang idea, ikut tajuk. jangan terikut aliran bab. bila dah siap nanti baru atur semula. dedikasi tu penting, good luck!

sya said...

Ada orang suruh saya tulis novel .. projek tulis novel dah bersawang dr tahun 2005.. tak siap2 aduhai..

jorazak said...

sya
kalau 1 hari 1 muka, dah ada 4 jilid tu...kurang-kurang dah boleh belanja makan, hi, hi