Sunday, October 04, 2009

Persediaan

Semalam hari penamaan calon PRK Bagan Pinang. 2 calon diterima oleh SPR manakala 1 ditolak.

Calon yang ditolak oleh SPR begitu beria-ia nak jadi calon walaupun tidak dicalonkan oleh partinya. Sehingga dia sanggup menisytiharkan keluar dari parti semata-mata nak jadi calon.

Apa yang jadi? Dari kacamata saya yang rabun dekat dan rabun jauh ni, ternyata beliau tidak bersedia dan membuat satu kesilapan amat yang mengaibkan.

Borang penamaan calon itu telah pun dipermudahkan oleh SPR, kenapa masih buat silap? Tak kanlah beliau tak boleh nak baca buku panduan mengisi borang (ada ke?) atau minta mereka yang arif dalam hal ini untuk tengokkan borang beliau sebelum tergesa-gesa hantar borang tersebut.

First impression itu penting. Melihatkan first impression beliau ini, adakah beliau layak menjadi ketua atau wakil kepada rakyat?

Kata saya...platform Tan Sri Isa sepatutnya di parlimen. Takut nanti bila menang ada pula suara minta dia jadi MB. Khuatir pisang di Trengganu berbuah pula di Negeri 9.

2 comments:

sya said...

aik.. kalau nak jadi pemimpin isi borang pun tak reti camana tu. Makcik kat Ganu tu lagik pandai

jorazak said...

sya
setuju sangat, walaupun kalah kurang2 makcik ganu dapat jadi calon dan dapat undi rakyat. dia, dah tahu nak jadi calon tak mahu nak buat homework dulu. apara...