Itu hari ada orang komen tentang kempen telah dibuat di kem tentera untuk PRK yang akan berlangsung esok, 11.10.2009.
Kemudian sebagai balasan dijawab supaya tunjukkan bukti.
Semalam, khutbah Jumaat menceritakan segalanya...tak taulah kat masjid lain, lain khutbahnya!
Tapi sekarang kalau tak arif tentang kewangan, boleh lantik menteri kedua, kurang arif tentang agama, lantik senator jadi timbalan menteri, kurang arif tentang undang-undang, lantik senator jadi menteri. Tak susah...
Kata saya...selamat mengundi Bagan Pinang. Pergilah mengundi, jalankan tanggungjawab anda. Tak kisahlah siapa yang anda pilih. Yang penting yang dipilih nanti buat kerja betul-betul, ek.
6 comments:
Manusia belum dpt macam2 janji dah dapat sume lupa..
ada sesuatu yang manarik barangkali kenapa 2k vote swing ke BN, ada orang PD yang tau cerita?
sya
itu sebab sepatutnya di-tape segala janji yang dibuat pada pilihanraya, kemudian dimainkan setiap 6 bulan di dewan org ramai sehingga pilihanraya akan datang.
hassan
itu tak pelik hassan. kalau tak silap kat parlimen aku ni masa PRU12 dulu swingnya dari lebih 10,000 jadi 1,000 lebih (kalau aku tak silap le). antara sebabnya, calon itu sendiri. conclusion: org bagan pinang masih sayang kat isa...
Salam Jo,
point aku ialah, dalam trend dan dan senario politik semasa (semangat PRU12 dan PRK serta pertelingkakan dalam parti komponen BN) yang menjadikan BN sebuah parti yang dikatakan menghadapi zaman kehancuran, pertambahan undi dari 6K ke 8 K untuk BN adalah kelihatan menongkah arus. sesuatu yang menarik untuk di teliti.
Salam Hassan
point aku masih sama, kalau kawasan parlimen aku ni diundi semula dengan pertukaran calon, most likely majoriti akan lebih besar. dulu ramai yang protes calon tu, samada tak turun mengundi atau pun undi calon pembangkang. yg tak turun mengundi tu sebab dia masih sayangkan parti dia nan satu tu dan tak sanggup undi pembangkang tapi tak mahu sokong calon yang diletakkan. conclusion: sekarang rakyat dah bijak, jangan main boh aje calon tu.
Post a Comment