Thursday, October 08, 2009

Nak Naik Lagi

Dia pandai-pandai bid tinggi-tinggi untuk mengalahkan pesaing-pesaingnya. Kemudian dengan senang lenang dia naikkan harga. Dia ambil untung lagi kat situ. Dia cakap kerana harga untuk membeli program sukan mahal.

Ok, you got the point there. Let me give mine.

Siapa suruh engkau masukkan saluran golf dalam package tu. Saluran Eurosport tu siapa yang nak tengok? Kebanyakan programnya samada delay telecast atau yang dirakam saja. Sukannya pula yang jarang orang tengok. Bukan ke membazir saje.

Sepatutnya pelanggan boleh pilih saluran mana yang dia nak ambil dalam sesuatu package. Set the minimum. Lepas tu pelanggan boleh add yang mana pelanggan suka. Ini tidak, memang dia nak untung saje. Siapa nak tengok golf 24 jam? Sepatutnya dia bagi option. Hampes.

Baru-baru ni pun package sukan dah naik, ni bila dah dapat bid baru ni mesti dia akan naik lagi.

Kata saya...agaknya kalau media prima dapat bid tu, apa jadi agaknya. Free ke tidak tengok EPL?

6 comments:

blogmaster said...

haaa haa haa.. tu dia ehh.. pada awalnya bila kita langgan kita ketagih, lepaih tu dia naik harga la.. itu kan tektik pengedar dadah... kita lihat sapa yang terkena....

saya dari awal lagi tak mau subcribe do, channel yang ada pun tak larat nak tengok, anak pun dok tengok kaarton kat TV9 je..

p/s dok teringat nak cuba cara hidup yang seorang kawan bagitau, dimana sahabat menangis tengok bilik Rasullullah s.a.w yang kosong tak ada apa-apa

jorazak said...

hassan
1. aku kalau epl tu, aku tengok arsenal & liverpool aje. yg lain aku tak minat tengok. la liga aku tengok barcelona aje. itu pun kalau start paling lewat pukul 11. lebih dr tu aku dah tak sanggup nak berjaga.
2. yg aku marah kenapa yang dia nak packagekan golf network tu sekali. 24 jam golf. golf addict puntak kan tengok sampai macam tu. biasanya kat us channel macam tu dia bagi free aje.
3. serupa macam makan, aku tak kisah kalau makanan tu sedap, aku sanggup bayar lebih. ini gabbage punya channels pun dia nak charge.
4. tak apa, kalau dia naikkan lebih-lebih nanti aku cancel le package yg mana patut, biar even balik mcm yg aku bayar dulu. hi, hi.

blogmaster said...

Jo,
dunia dah canggih takkan tak ada 'uncoded decoder'. Kalu dia asyik nak tenyeh patut juga kena dapat free punya... itu la falsafah hacker yang dok crack software yang suka cekik darah tu..

dengar cerita geng 'berok band' yang anti kat broadband nipun ada dok pakai internet jalur lebar free...

atenah said...

rmh sy tak de tv, senang hidup, 1 less bill to pay :)

jorazak said...

hassan
kat malaysia aku tak tahu ada ke tidak. masa kat us dulu, member aku ada buat. satu floor sewa cable, floor lain curi line. camana diorg buat aku tak tahu. sekarang boleh buat lagi ke tidak.

jorazak said...

atenah
kalau kat bangi, memang langsung tak tengok tv kecuali tertengok kat gerai makan. hi, hi, mana ada masa nak jadi couch potato. bila balik melaka nilah sambil "berehat" sambil tengok tv. lagipun bola biasanya on weekends aje...