Friday, March 07, 2008

Anak Bulan Dah Nampak

Memandangkan anak bulan dah dinampakkan oleh EC maka diisytiharkan besok adalah ..... Raya. Jadi besok bolehlah pakai baju raya. Hi, hi, hi tak kesahlah nak pakai baju merah, pink, biru gelap, biru cerah atau hijau ke. Pakai yang warna warni lagi bagus. Janji besok raya! Yeihaaaaaaaaaaa!

Saya masih lagi tak tahu lagi nak pilih pakai baju apa. Agaknya besok main lambung duit syiling aja. Baju raya saya pula tak siap pula tahun ni jadi macamana saya nak pilih pakai baju apa. Mungkin pakai baju tahun 2004 kut.

So far peraih raya dah datang ke rumah tapi masa saya tak ada. Kalau tidak mahu saya serahkan pelan tindakan raya saya tu pada mereka. Ada beberapa perkara kat dalam list tu dah dibuat perasmian pecah tanah. Jadi saya nak tengok benda-benda tu bergerak tak lepas raya nanti. Memang kalau tengok kat tv memacam acara pecah tanah dibuat sempena raya ke 12 ni. Sampai Mydin nak bukak kedai baru pun ada acara pecah tanah dibuat ahli politik. Alahai...Mydin pun nak ambik kesempatan.

Kata saya...selamat beraya esok, yang cukup umur tu pergilah beraya dengan tenang. Jangan takut pada anasir luar dan peraih raya. Raya ni macam tahun lompat 4, 5 tahun sekali. Rayakanlah dengan gaya sepatutnya. Selamat BerRaya.

2 comments:

uDA said...

Semoga baju yang dipakai itu mesra alam, blend dgn alam sekitar hehehe

jorazak said...

uda
raya kat sini ada baju batik lukisan dacing, mata dan roket saja, itu pun belum siap. raya kat kuantan dulu senang sikit, majoriti orang melayu. senang nak beraya...