Wednesday, March 05, 2008

Apa Dah Jadi

Dari Utusan online tentang hipnosis untuk cari Sharlinie. Pelik pulak rasanya bila si bapa kata dia nak bincang dulu dengan keluarga tentang syarat yang dikenakan oleh Dr Sazali. Bukannya apa, hanya ibubapa dan polis saja yang boleh hadir. Adakah itu rumit sangat untuk dijalankan. Kenapa perlu orang ramai, kenapa perlu sanak saudara untuk lihat cara pelaksanaan tersebut. Kalau bomoh yang datang ramai-ramai, cari publisiti murahan, itu elok saja dibenarkan. Sampai sekarang habuk bayang pun tak ada. Cakap seminggu, sekarang dah berapa hari.

Pada saya sibapa perlu realistik. Dr Sazali kata dia nak suasana tenang. Kalau ada orang ramai dah tentu jadi macam pesta. Sepatutnya apa yang baik itu ikut sajalah. Tak perlu kecoh dengan orang ramai. Yang penting dapat anak balik. Kalau tak jumpa lagi dalam sebulan dua ada tak lagi orang ramai yang nak menanggung simpati? Bak kata pepatah "Berat mata memandang berat lagi bahu memikul".

Menurut pengajian saya, teknik ni bukan termasuk dalam bertenung nasib (salah satu dosa besar???). Cara saintifik agaknya. Tak taulah kalau-kalau apa yang dibuat ada unsur-unsur tenung nasib.

Kata saya...kalau rasa benda tu baik buatlah, kalau rasa tak jangan teruskan tapi pada hemat saya teknik ni lebih baik dari guna bomoh ramai-ramai tu.
Kata saya...

2 comments:

sya said...

Kalau ditunggu lebih lama.. nanti orang jadi lupa. Gunakan jalan yg ditawarkan sepenuhnya.. asalkan ia tidak menyalahi hukum Allah

jorazak said...

ks
betul mcm cakap ks. ingat tak cerita budak cina yang hilang beberapa tahun lalu. sampai sekarang masih tak jumpa. entah hidup ke dah mati. tak silap saya pun ada tinggal komen masa ks cerita fasal bomoh dalam satu entry dulu.