Wednesday, June 25, 2008

Kad Pengenalan & Pengundi

Dalam NST online hari ini Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengatakan tak perlu menjadikan pendaftaran pengundi satu kemestian. Saya setuju dengan dengan beliau tentang pendapat beliau tetapi tidak setuju dengan sebab dan pelaksanaannya.

Kalau tak silap dalam PRU12 yang lepas EC pada mulanya mengatakan siapa yang tiada My Kad tak boleh mengundi. Kemudian diorang tarik balik keputusan itu untuk membenarkan yang punya IC lama untuk mengundi.

Sebelum ini Jabatan Pendaftaran dah suruh semua rakyat Malaysia supaya menukarkan kad pengenalan mereka kepada My Kad. Oleh itu pada pendapat saya kad pengenalan lama tidak lagi layak untuk digunakan sebagai dokumen pengenalan diri. Kerajaan pun dah buat keputusan untuk mendenda sesiapa yang tukar lewat dari tarikh ditetapkan sebelum ini. Kalau tak silap bank pun dah tak terima kad pengenalan lama tu.

Memandangkan Malaysia dah naik statusnya dalam penggunaan komputer dalam kerajaan, saya ingin melihat senarai pengundi dibuat berdasarkan butiran yang ada dalam My Kad. Tidak perlu lagi nak mendaftar. Apabila sesorang rakyat telah cukup umur berdasarkan dalam pengkalan data My Kad mereka sepatutnya layak mengundi berdasarkan alamat yang ada. Klau sesiapa nak tukar tempat mengundi, mereka cuma perlu tukar alamat dalam butiran My Kad. Dengan cara ini bolehlah kita tahu alamat terkini seseorang itu dalam satu pengkalan data.

Kemudian hak seorang rakyat tu nak mengundi atau tidak, itu hak dia. Pada pendapat saya hak mengundi itu tidak patut ditarik cuma kerana dia malas nak mendaftar. Yang mana menjadi kesalahan yang lebih besar, tidak mendaftar sebagai pengundi atau tidak menukar kad pengenalan RASMI rakyat Malaysia.

Sering digembar-gembur mengataksn My Kad itu smart card. Apa yang smart entah! Benda yang basic pun tak boleh buat. Hek, elehhh!

Kata saya...teknologi yang kita guna macam di negara yang tak ada Multimedia Super Corridor guna. Banyak betul gajah putih di negara kita ni.

Monday, June 23, 2008

Flowers, Anyone?

Hi, hi, beberapa hari ini saya sedang bermain dengan kamera Nikon D40X saya. Saya sedang mencuba lensa makro. Hasilnya adalah beberapa gambar bunga di perkarangan rumah saya. Gambar buah pelam tu adalah buah sulung pokok yang ditanam lebih kurang 18 bulan lalu. Penjual di nursery tu cakap 6 bulan dah berbuah. Heh, yelah tu.











Kata saya...Layaaannnnnnnn. Jangan kutuk ye, jurugambar amatur katakan.

Friday, June 20, 2008

Siapa Salah?

Hari rabu Yong Teck Lee cakap SAPP akan sokong undi tak percaya terhadap Pak Lah hari Isnin 23 Jun ni. Menurut berita hari ni Yong Teck Lee disiasat kerana terbabit rasuah RM5 juta. Kabar ceritanya BPR sedang menyiasat pembabitan Yong itu ekoran satu pendedahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Talk about coincidence! Agaknya kalau dia tak isytihar nak sokong undi tak percaya cerita ni tak keluar ke?

Tapi bukan itu yang saya nak komen!

Peristiwa ini mengikut si mamat pengadu berlaku semasa YTL menjadi KM Sabah pada tahun 1996. We are talking about 12 years ago!!! Talking about accountability!!! Why NOW???

Kalau YTL dituduh rasuah, how's about tukang cerita tu. Tak ke dia boleh dituduh bersubahat sama? Well, dia simpan cerita ni for 12 years? Saya kurang arif tentang hal ini, boleh tak peguam-peguam tolong explain-kan.

Banyak cerita kes rasuah yang saya baca dan dengar. Kebanyakannya cerita tentang yang terima rasuah. Cerita yang kena tangkap kerana bagi rasuah jarang-jarang. Bagi cerita yang kena tangkap terima rasuah, tiada pula cerita kes yang dibuat terhadap tukang pemberi rasuah. Saya rasa itu tak patut. Kalau tak ada sipemberi tentu tiada sipenerima.

Kalau SAPP decide tak jadi nak sokong undi tak percaya kat Pak Lah, dan YTL minta maaf secara terbuka kat Pak Lah, agaknya kes BPR ni diteruskan ke tidak?

Kata saya...hi, hi, dari apa yang saya baca, dengar dan lihat di tv, YTL cakap 2 orang wakilnya akan sokong undi tak percaya, yang saya masih tak faham, siapa yang nak bawa usul undi tak percaya? Kalau tak ada yang mengusul, maka tiada apa yang nak disokong, hi, hi.

Wednesday, June 18, 2008

Alahai EC

Nampak gayanya akan ada pilihanraya kecil untuk DUN Sanglang di Perlis. Ini semua disebabkan oleh kesilapan besar yang dibuat oleh pegawai EC yang bertanggungjawab mengisi borang penjumlahan undi. Saya pelik kenapa tiada urusan semakan oleh kedua belah pihak sebelum pengumuman rasmi kemenangan seseorang calon dibuat oleh wakil EC.

Berdasarkan dengan keputusan mahkamah senang benar kalau macam ini kalau ada seseorang wakil EC nak sabotaj keputusan pilihanraya sesuatu kawasan. Buat silap penjumlahan, akan ada pilihanraya kecil.

Atau ada bab yang saya tak tahu. Tolong pihak EC perjelaskan supaya semua orang tahu prosedur penjumlahan ni. Saya pun pening!

Sekarang ni dah ada teknologi terkini, kenapa tak nak digunakan. Masih lagi nak guna kertas penjumlahan. Kan dah ada papan besar kat dewan, masih boleh lagi buat silap? Sebodoh-bodohnya gunalah perisian Microsoft Excel. Buat programming sikit. Dah tak payah-payah nak jumlah pakai tangan kaki. Dah tak payah guna kertas. SAVE THE TREES!!!

Hei, mana Multimedia Super Corridor, Cyberjaya, Intelligent Building and what nots? Nak jumlah undi pun tak betul!!!

Kata saya...itulah pandai sangat tukar-tukar susunan nama dalam borang, dah awak sendiri confused. Agak-agak kalau calon PAS tu saman sivil kat pegawai EC tu boleh menang ke? Apa kata peguam sana...

Tuesday, June 17, 2008

Pengangkutan Awam

Saya masih ingat lagi bila harga minyak dinaikkan sebanyak 30 sen dahulu, antara janji yang dibuat adalah untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam. Sehingga hari ini saya masih lagi belum lihat peningkatan mutu tersebut. Bila harga petrol naik sehingga RM2.70 janji yang sama dibuat sekali lagi...

Semasa cuti sekolah yang lepas saya bawa anak-anak dan anak saudara berjalan-jalan naik LRT. Anak-anak saya hanya beberapa kali naik LRT. Kerana kesuntukan masa saya hanya dapat bawa mereka selepas pukul 5. Bayangkan semasa peak hours, hari Jumaat pulak tu. Punyalah ramai orang kat setiap stesyen. Tren dan komuter pulak tidak on-time, tetapi masih lagi menayang masa bila tren/komuter akan tiba. Hampeh!

Saya ingin mencadangkan Menteri Pengangkutan atau siapa sahaja yang ingin membicarakan tentang pengangkutan awam supaya buat homework terlebih dahulu. Saya ingin lihat mereka naik tren atau komuter semasa peak-hours dan mereka hendaklah datang tanpa bodyguards, tanpa police-escort, tanpa pemberita dan tanpa jurugambar. Kalau boleh tak payahlah pakai tali-leher dan lounge-suit diorang tu. Kalau nak pakai apa salahnya, baru tahu betapa panas dan sesaknya tren/komuter kita. Tu belum cerita pasal feeder bus lagi.

Ini tidak bila menteri nak buat "lawatan mengejut" siap bawa pemberita, cameraman dan wakil syarikat LRT/KTMB/bas lagi. Tentulah yang dihidangkan yang sedap-sedap aje. Diorang tak tahu betapa seksanya golongan yang gunakan pengangkutan awam setiap hari. Kata tren datang setiap15 minit semasa peak hours, yang datangnya selepas 25 minit. Kenkadang missed satu trip. Bayangkan betapa ramainya orang yang menunggu bila itu berlaku.

Dengar cerita tren dan komuter banyak yang rosak kerana tidak diselenggarakan mengikut jadual. Dengar cerita juga tren dan komuter ni dah tak ada spare-parts. Jadi yang rosak di-canniballized untuk membaiki yang lain. Macam pernah dengar aje cerita ni, hi, hi. Tapi tak taulah betul ke tidak. Kena tanya KTMB dan syarikat-syarikat LRT ni!

Kata saya...macam mana kita ni nak bawa kereta, minyak naik dan jalan asyik jammed, nak naik pengangkutan awam tak berbaloi dengan sesaknya...kena tunggu apa diorang nak kata lagi tentang pengagkutan awam.

Friday, June 13, 2008

Syukur, Alhamdulillah

Ingat tak cerita saya tentang saya kena dera pakai baju batik? Saya belum terima hitam-putihnya lagi tetapi ada proksi dari Fakulti telah menelefon saya sebentar tadi mengatakan ada surat untuk salinan Dekan (yang sepatutnya SULIT) mengatakan saya...berjaya.

Considering that saya hampir termissed the interview kerana menunaikan umrah baru-baru ini, saya amat bersyukur di atas peluang ini. Syukur, Alhamdulillah.

Seperti yang saya katakan dalam kes kena dera tu jatuhnya pada hari kelahiran saya, peluang yang diberikan ini akan jadi hadiah hari kelahiran yang terbaik yang pernah saya terima. Terima kasih saya ucapkan kepada ibu baru dan bekas Dekan saya kerana berjaya memujuk saya untuk memohon semula jawatan itu. Jasa kalian akan saya kenang sampai ke akhir hayat.

Kata saya...nampak gayanya lepas ni kena kerja lebih kuat untuk justify peluang yang diberikan ini. Dengan peluang yang diberikan tanggungjawab akan lebih berat, semoga saya dapat menyempurnakan amanah yang diberikan.

Wednesday, June 11, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Hari ini sekali lagi DS Azalina "menyeru" rakyat Malaysia supaya bercuti di Malaysia sahaja. Ye lah untuk mereka yang banyak duit untuk dihabiskan di luar negara tu. Yang tak duit macam saya ni nak bercuti apa. Macam saya kata dulu duit tu simpan nak pergi buat umrah atau haji. Itulah cuti ke luar negara saya.

Sepatutnya DS Azalina buat seruan tu semasa sidang mesyuarat kabinet. Cuti berbayar kepada menteri dan timbalan menteri (ada ke? maaf kalau silap!) eloklah dibuat di Malaysia saja. Dah kata nak tunjukkan keprihatinan menteri-menteri semalam. Apa cuti berbayar kat Malaysia tak standard ke? Tanya menteri-menteri berapa ramai yang dah pergi bercuti kat tempat tumpuan pelancong di negeri masing-masing? Contohnya, yang datang dari Terengganu, dah pergi ke Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir? Kalau dah pergi bolehlah bagi feedback kat DS Azalina apa yang bagus, apa yang kurang. Bagi dia kerja sikit.

Ini tidak, cuti berbayar masih lagi nak bagi pergi overseas. Tak kiralah negara ASEAN, tapi duit rakyat mengalir jugak. Kan rakyat yang bayar cuti tu! Kan lebih elok kalau menteri-menteri ni sacrifice diorang punya enjoyment tu untuk bantu rakyat termiskin. Ye lah diorang mana isi minyak kat petrol station dan bayar tol. Esok tak jadi menteri lagi, dah jadi rakyat marhain barulah mereka tahu langit tinggi rendah.

Pengusaha kantin sekolah dah mula naik harga kat Penang. Rasanya semua kantin sekolah akan berbuat demikian tak lama lagi. Semalam pergi pasar malam, air secawan dah mula naik RM1.20 berbanding RM1.00 sebelum ni. Adalah tinggal beberapa gerai yang masih jual harga lama. Gerai-gerai itulah yang jadi tumpuan.

Kata saya...apa nak buat, terpaksalah terima hakikat kenaikan harga. Kena jimat cermat, kurangkan makan minum di luar. Hi, hi, hi, baru 11 haribulan...

Tuesday, June 10, 2008

Teori Domino

Harga petrol naik 78 sen harga disel naik RM 1.00. Ini bermakna harga transport akan naik. Lori bawa beras, tepung, minyak masak, bawang, gula dll. Dengar cerita tariff elektrik juga akan naik tak lama lagi. Ini bermakna kos pengilangan akan naik. Beras, tepung, minyak masak dan gula kena masuk kilang untuk diproses.

Semalam dengar itu, ini kat Era bersama Linda Onn. Ada sorang mak cik ni lepas geram, katanya berita tak sedap didengar, sebab nasi goreng yang dia makan dah naik 50 sen. Lepas tu ada sorang pak cik ni, katanya berita yang sedap didengar, bersetuju harga makanan dinaikkan sebab dia peniaga kecil.

Dengan kenaikan harga minyak yang naik mendadak ni agaknya berapa banyak kenaikan harga bahan mentah dalam masa beberapa minggu yang akan datang ni? Kalau kos kilang dah naik, kos transport dah naik, berapa yang patut untuk kenaikan harga beras? Berapa pulak harga minyak masak? Berapa pulak harga telur, bawang, lada, sayur dan lain-lain perencah untuk buat nasi goreng tu? Kalau harga ni semua dah naik tak kan gaji tukang masaknya tak naik jugak?

Hi, hi, kalau nak sambung memang tak habis. Sekarang ni harga minyaklah segalanya. Kalau dulu tahun 2002 saya isi minyak kereta kancil saya full tank RM 27.00. Pada 3 Jun 2008 saya isi minyak kereta kancil saya full tank RM 47.00. Tapi pada 10 Jun 2008 saya isi minyak kereta kancil saya full tank RM 71.00!!! Sampai mamat yang isi minyak kereta saya di Petronas tu pun terkejut.

Kata saya...hek eleh, kalau setakat elaun keraian dipotong sebanyak 10% dan cuti berbayar hanya di sekitar negara ASEAN tak payahlah nak dihebohkan. Sikit aje boleh jimat! Banyak lagi benda yang membazir yang dibuat...

Sunday, June 08, 2008

Laman Sawang, Blog dan Internet

Ingat tak semasa hangat pertelingkahan antara TDM dan DSA pada tahun-tahun akhir 90an, semasa laman sawang mula bertapak secara hangat di Malaysia, apabila warga muda Malaysia mencari berita alternatif? Pelbagai laman sawang dibina samada yang menyokong DSA dan mengutuk TDM.

Kini di akhir dekad pertama era Y2k blog memainkan peranan yang sama sehingga dikatakan punca sebab musabab tsunami PRU12. Sekali lagi everybody try to join the band wagon.

Cuma saya rasa tak perlulah yang dah ada ruang di media tempatan cuba buat blog sendiri, cuma nak menunjukkan mereka up-to-date dengan trend semasa. Please...kalau blog tu di-update regularly, okaylah. Kalau orang boleh hantar masalah mereka kat tempat komen tu kira ok-lah. Kalau argument yang diberikan tu bagus, ok-lah jugak. Kalau membantu menyelesaikan masalah, kenalah tempatnya.

Ini TIDAK. Argument yang diberikan macam nak menegakkan benang yang basah. Tidak menambah pengetahuan dalam sesuatu perkara. Kena pulak macam dibuat oleh penulis upahan. Jadinya blog dia tak membantu menaikkan imej dia malah memburukkan lagi adalah. Jangan sebab orang lain ada blog dia pun nak buat blog, lepas tu kalau orang lain tak ada blog dia siap kutuk pulak. Tengoklah pengisian blog di tu, hi, hi, hi.

Kata saya...hi, hi, entah-entah mamat dan minah politik ni nak buka internet pun tak reti, cakap aje berdegar-degar.

Wednesday, June 04, 2008

Bas Ekspres

Semalam baru baca dalam paper online, mengatakan bas baru akan juga guna tali pinggang keledar, macam yang saya cerita dalam tajuk talipinggang. Hari ini baca pulak cerita bas masuk gaung.

Minggu lepas hari rabu malam satu bas ekspress dari arah Nilai ke Seremban siap berlumba dengan kereta kancil saya. Pada mulanya dia jalan lorong kiri, kemudian lorong tengah. Memandangkan dia bergerak agak perlahan, kurang dari 110 km/j, saya potong dia ikut lorong kanan. Agaknya tak puas hati kereta kancil potong dia, dia memecut dengan lajunya sehingga tidak membenarkan saya masuk lorong tengah semula. Saya terus memecut sehingga speedometer sampai 1** km/j (hi, hi, tak boleh bagitau berapa laju saya memandu!) dan berjaya masuk ke lorong tengah. Bas ekspres ini kemudiannya terus memandu laju dan menyalakan lampu tinggi kepada saya supaya ke tepi. Dia memotong ikut lorong kanan dengan lajunya. Hi, hi, tak lama lepas itu ada kereta peronda polis tengah menyamankan sebuah lori. Kelam kabut bas ekspres itu masuk ke lorong tengah! Saya kemudian dengan selambanya memotong kembali bas ekspres tersebut. Tak lama lepas itu bas ekspres tersebut terus dipandu laju memotong kereta kancil saya dan terus cuba masuk ke lorong tengah secara tiba-tiba. Saya bunyikan hon untuk beberapa ketika. Bas ekspres tersebut tak jadi masuk ke lorong tengah dan terus dipandu menggunakan lorong kanan. Kebetulan tempat rehat dan rawat Seremban lagi 1 km. Saya pun dah tak larat nak layan bas ekspres tu. Baik berhenti solat isyak dulu.

Begitu cara pemanduan kebanyakan pemandu bas ekspres di Malaysia. Cuma menunggu masa untuk tragedi ngeri saja. Pada hemat saya kalau terjadi kemalangan melibatkan bas saya akan katakan itu adalah kesilapan PEMANDU BAS itu sendiri. Kerosakan teknikal bas juga atas kesilapan pemandu juga. Ingatlah nyawa orang awam di tangan anda. Kalau orang awam mati, anda adalah PEMBUNUH!

Kata saya...diorang ni tak serik-serik, diorang tak boleh nak ikut speed limit, bila dah kena baru diorang tau. Agaknya ada tak penumpang yang nak buat saman sivil ke atas pemandu dan syarikat bas bila berlaku macam tu walaupun kat belakang tiket biasanya ada tertulis syarikat bas tak bertanggungjawab atas kemalangan...diorang nak lepas tangan. Ada peguam boleh bagi feedback tak?