Wednesday, June 25, 2008

Kad Pengenalan & Pengundi

Dalam NST online hari ini Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengatakan tak perlu menjadikan pendaftaran pengundi satu kemestian. Saya setuju dengan dengan beliau tentang pendapat beliau tetapi tidak setuju dengan sebab dan pelaksanaannya.

Kalau tak silap dalam PRU12 yang lepas EC pada mulanya mengatakan siapa yang tiada My Kad tak boleh mengundi. Kemudian diorang tarik balik keputusan itu untuk membenarkan yang punya IC lama untuk mengundi.

Sebelum ini Jabatan Pendaftaran dah suruh semua rakyat Malaysia supaya menukarkan kad pengenalan mereka kepada My Kad. Oleh itu pada pendapat saya kad pengenalan lama tidak lagi layak untuk digunakan sebagai dokumen pengenalan diri. Kerajaan pun dah buat keputusan untuk mendenda sesiapa yang tukar lewat dari tarikh ditetapkan sebelum ini. Kalau tak silap bank pun dah tak terima kad pengenalan lama tu.

Memandangkan Malaysia dah naik statusnya dalam penggunaan komputer dalam kerajaan, saya ingin melihat senarai pengundi dibuat berdasarkan butiran yang ada dalam My Kad. Tidak perlu lagi nak mendaftar. Apabila sesorang rakyat telah cukup umur berdasarkan dalam pengkalan data My Kad mereka sepatutnya layak mengundi berdasarkan alamat yang ada. Klau sesiapa nak tukar tempat mengundi, mereka cuma perlu tukar alamat dalam butiran My Kad. Dengan cara ini bolehlah kita tahu alamat terkini seseorang itu dalam satu pengkalan data.

Kemudian hak seorang rakyat tu nak mengundi atau tidak, itu hak dia. Pada pendapat saya hak mengundi itu tidak patut ditarik cuma kerana dia malas nak mendaftar. Yang mana menjadi kesalahan yang lebih besar, tidak mendaftar sebagai pengundi atau tidak menukar kad pengenalan RASMI rakyat Malaysia.

Sering digembar-gembur mengataksn My Kad itu smart card. Apa yang smart entah! Benda yang basic pun tak boleh buat. Hek, elehhh!

Kata saya...teknologi yang kita guna macam di negara yang tak ada Multimedia Super Corridor guna. Banyak betul gajah putih di negara kita ni.

2 comments:

frossonice said...

Yang tak mahu guna MyKad sebagai peranti pendaftaran pengundi adalah SPR. SPR mahu wujudkan databes sendiri sedangkan JPN sudah ada yang lengkap. Jadi persoalannya sekarang, kenapa SPR tak mahu guna data JPN?

jorazak said...

frossonice
Itu yang maksudkan dengan ketidak-efisyennya penggunaan ICT di Malaysia. Sama juga dengan polis dan JPJ. Kenapa pengkalan data polis guna berbeza dengan yang ada di JPJ? Itu sebab bila saman ekor, kereta lain yang kena saman.
Ataupun SPR ada agenda tertentu. Tapi pada saya itu hanya menghabiskan wang rakyat. Untuk buat pengkalan data SPR perlu ada manpower, software dan hardware untuk sistem ITnya. Maklumat yang sama dah ada sedia dalam JPN. Berapa ramai man-ware, software dan hardware yang diperlukan. Man-ware kena kira gaji. Software dan hardware kena kira maintenance cost. Hi, hi, SPR oooo SPR.