Saturday, December 20, 2008

Bad Moves!

Kes 1
TNB mengatakan mereka akan kerugian RM500 juta setahun kerana tersilap pengiraan membina janakuasa eletrik. Itu adalah wang yang perlu dibayar kepada IPP, yang mana TNB mempunyai 20% kepentingan. TNB cakap tenaga tambahan hanya diperlukan mulai 2010. Dengar cerita kemungkinan TNB akan menaikkan lagi tarif elektrik. Alahai...

Kes 2
Pembangunan perumahan cerun bukit dibekukan. Deja vu. Bila terjadi kes Highland Towers ini juga yang dihebahkan. Masalahnya barang yang beku boleh dicairkan. Tengoklah nanti kes Bukit Gasing, kes Damansara 21 dan kes-kes lain akan diteruskan dalam masa...err...mungkin paling lewat 6 bulan lagi. Mereka cepat benar lupa! Duh...

Kes 3
IJN nak dijual kepada Sime Darby. Opps, ditangguhkan. Ditangguhkan sampai bila? YB DS Anwar kata selepas PRK KT. Saya kata...err...mungkin paling lewat 6 bulan lagi. Saya masih tak faham, adakah ini bermakna satu lagi kes kerajaan nak lepas tangan tanggungjawab sosial mereka? Kalau dulu saya mempersoalkan kenapa kerajaan tidak meneruskan tanggungjawab membina lebuhraya, yang menyebabkan kita masih lagi mempersoalkan rasional kerajaan membenarkan pihak konsesi menaikkan kadar tol 3 tahun sekali. Lebih teruk lagi bila lebuhraya yang tak untung diserahkan kembali kepada kerajaan. Apa kes...

Kes 4
Baru dengar cerita, sahih ke tidak, entah. Kabarnya rumah yang didiami oleh YAB PM disewa dengan kadar yang sangat tinggi dari Putrajaya Holdings. Saya pening. Bukan ke kerajaan yang buat Putrajaya tu? Kenapa nak disewa dari PH. Bukan ke kerajaan yang tubuhkan PH tu? Hopefully, cerita ni cuma khabar-khabar angin. Kalau betul, tak taulah apa saya nak kata. Apara...

Kata saya...dah letih membebel...

2 comments:

Sya said...

1. Aik nak naik lagik? Dulu naik sbb harga myk skrg ni sebab salahletak janakuasa. Masa buat janakuasa tu dulu tak selidik lagi ke? ikut suka atau ikut tanah sapa nak kena amik?

2. Selagi ada permintaan maka adalah penawaran, cuba kalau developer offer tapi tak de nak beli, mesti tak de lagik pembangunan cerun bukit.. ni pantang ada alamat bukit antarabangsa, bukit damsnsara.. dan segala jenis nama bukit nak ada beli. Kalau panggil org bukit marah pulak. Bukan kena paksa pun beli rumah kat situ.. sendiri pilih sendiri suka.

3. Kerajaan punya polisi.. bila kompeni untung bagi kroni share untung bila kroni dah habis kaut sampai kompeni rugi bagi balik pd gomen..

4. Tak le pelik..

jorazak said...

sya
1. tak tau le betul ke tidak. tapi itu yang saya baca kat mana entah. kalau naik lagi memang tak bertanggungjawab TNB ni!
2. yg penting pihak yg betanggungjawab meluluskan projek, majlis bandaraya, perbandaran, daerah. hi, hi, bukit katil, baukit baru, agaknya kurang sikit demandnya...
3. mcm cerita 3 abdul...berapa percentnya
4. saya baca dari berita alternatif online. cari dekat media mainstream tak jumpa. kalau betul memang hampes!!!