Thursday, December 18, 2008

Buku Bertemu Ruas

Baca dalam the Star tentang seorang penyamun yang memecah masuk ke sebuah kedai tak dapat keluar sehingga 3 hari. Sepanjang 3 hari tu beliau tak dapat makan dan minum. Sipenyamun mengatakan setiap kali beliau cuba keluar ada lembaga yang menolak dia ke lantai.

Hari ini pulak diberitakan tuan punya kedai menyatakan beliau tidak menggunakan ilmu sihir untuk memenjarakan sipenyamun itu. Tuan punya kedai mengatakan beliau hanya membacakan ayat-ayat suci dan berserah kepada Allah.

Memang saya pernah dengar ada orang yang "memagar" rumah mereka dengan ayat-ayat suci supaya tidak dimasuki pencuri dan juga jin dan syaitan. Ada yang katakan kalau masuk rumah itu macam berada di tengah lautan, cubalah berenang tak kan sampai ke pantai. Bila orang jumpa, tengah beraksi macam berenang di atas lantai.

Inilah kali pertama cerita seperti ini disiarkan dalam media. Agaknya lepas ni bolehlah tuanpunya kedai buat business "pagar" rumah orang. Barulah rasa selamat sikit dari penyamun yang suka pecah rumah.

Bercakap tentang pecah rumah, semasa cuti raya Aidil Adha yang lalu, 5 biji rumah di lorong rumah saya dan lorong bersebelahan telah dipecahmasuk dan dicuri barang berharga. Kesemua rumah yang dipecahmasuk ada kayu diletak di depan rumah. Mungkin sebagai tanda atau isyarat.

Kata saya...sipenyamun tadi dirawat dihospital selama 4 hari dan dikatakan masih trauma dengan pengalaman itu. Yelah! Engkau ingat tuan rumah yang engkau samun, ikat mereka, ugut mereka dengan senjata engkau, tak trauma ke! Serve you right! Kenapalah lembaga tu tak ikat kedua kaki engkau ke atas aje.

6 comments:

Sya said...

Menurut bapak sya, kalau ada pagar rumah begitu kalau jumpa org yg masuk tak boleh pukul atau berkasar, kena bagi minum kalau dia haus dan lepaskan. Itu antara syaratnya. Teringat dulu ada orang kata dia nampak rumah bapak jadi kolam air dan pernah yg masuk cuba bawa lari DVD player, last2 bapak balik rumah DVD tinggal atas VESPA dan cable DVD tersangkut kat pagar rumah.

Apa yg bapak buat.. doa dan amalannya

jorazak said...

sya
biasanya yg kena tu semalaman aje. taklah teruk sangat. ini dah sampai 3 hari, barulah tahu traumanya.
yg biasa saya dengar memang bersangkut dengan air. itu yg berenang atas lantai tu.
nasib baik diorg tinggal dvd player tu, agaknya apa jadi kalau diorg keras kepala nak bawa bawa jugak...mungkin mati lemas di daratan, hi, hi

WaNNi said...

rumah kat ttu kena pecah lg? jd lubuk emas penyamun la sbb area tu kan terlalu terbuka. geram tul dgn diorg ni, n diorg ni pun ada ilmunye gak esp dr seberang nu.kesian bygkan mak ayah sy kena ikat dulu.nasib diiorg dh kena tangkap.

jorazak said...

ibu baru
semua 5 rumah tu tak ada orang kat rumah, balik cuti AidilAdha. mungkin rumah2 tu tak ada alarm. rumah ke 6 dah kena kopak grillnya dan alarm berbunyi, diorg lari agaknya. tak sempat masuk.

Leyla Shuri said...

salam jorazak,

ye, saya percaya sememangnya ada lembaga sebab lembaga juga mahluk Allah yang kita tidak berapa faham sifatnya.

jorazak said...

kak lela
semoga hendaknya lembaga tu lembaga Islam.