Dalam membicarakan tentang mukjizat-mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. ustaz pun bacalah ungkapan laungan umat Islam apabila melihat tentera musyrikin melarikan diri semasa perang Khandak (Parit). Tau tak ungkapan yang dibaca oleh umat Islam?
Kata ustaz, tiga baris terakhir takbir raya kita. Itu sebab ustaz tak faham kenapa bacaan takbir di Malaysia begitu mendayu-dayu - sedih. Padahal ianya hendak menzahirkan rasa gembira umat Islam. Ustaz cakap sepatutnya TV di Malaysia pancarkan cara orang-orang Arab bertakbir penuh semangat dan gembira.
Kata saya... kalau tarikh hari raya berbeza adakah bermakna kalendar Islam pun berbeza?
7 comments:
Tak dapat jawab soalan tu walaupun ada dlm fikiran beberapa kali.
Memang betul takbir raya di Mesia begitu mendayu2 berbanding kalau kat Mekah kan? Kenapa agaknya?
sya
1. tak boleh nak besar imej takbir raya tu sebab dah kecilkan.
"laila haillah hu wah dah, sadakawa'dah, wanasara 'abdah, ..."
Masa perang Khandak Allah turunkan angin untuk mengusir kafir quraish. Itu sebabnya mereka membaca "dan Dia mengusir musuh Nabi-nya dengan sendiri".
2. Itu la pasal yg sepatutnya gembiga jadi sedih. seronok dengar ustaz tu mengajuk tak bir malaysia dan takbir ard
salam jorazak,
boleh saya gelarkan diri sebagai k lela?
Memang takbir orang arab gembira, tak rasa sedih. Itulah sebabnya hari raya sini walaupun jauh dari adik beradik dan saudara mara, k lela tak rasa sedih. Yang membuat takbir sini orang arab!
Ini pengetahun k lela yang cetik, kalau salah betulkan.
Sebenarnya perayaan kita mengikut kelihatan hilal (kalau ikut cara zaman nabi rsulullah). Cara hilal, tengok anak bulan, setiap negara ikut masing2 pada penglihatan anak bulan, itu yang hari perayaan berbeza.
Tapi sekarang tak ikut hilal sangat lagi, semua hentam hisab.
Kalau ikut hisab, semua negara ikut raya hari yg sama.
Penglihatan anak bulan tak pedulikan lagi, itulah agama sudah dipolitikkan, senang jadualkan cuti umum.
Jgn marah kalau salah, itu pengetahun k lela yang bagaikan air, mengalir dan terus hilang.
kak lela
1. betul, betul, betul (kena baca ikut (Upin & Ipin), saya patut panggil kakak
2. memang sepatutnya tengok anak bulan, tapi kat malaysia tak nampak memanjang. itu sebab dalam satu entry saya, ada cerita tentang malaysia lambat raya 2 hari dari saudi. 1 hari lewat puasa, lepas tu puasa genap 30 manakal saudi puasa cuma 29. hasil mlm raya anak bulan nampak di mata. jadi agaknya sekarang diorg ambil jalan senang pakai kiraan falak.
3. cuma yg saya tak setuju (saya dah cerita december 2007, kenapa raya haji nak tengok anak bulan jugak padahal wukuf dibuat di saudi. ikut ajelah declaration hari wukuf tu. kan senang.
4. camana pun kita hanya rakyat biasa. majlis fatwa pun kena tibai. inikan pulak kita ilmu sejemput.
pak arab kat sini pun kata malaysian nyer takbir sedih, diorgnye laju..meriah la pulak.
ibu baru
itu yang ustaz tu cakap, agaknya sebab orang melayu tak faham maksud ayat tu, itu yang jadi mendayu-dayu...
sya
mungkin saya silap jawab komen sya, tentang soalan tu. mungkin sya maksudkan soalan yang last tu, tentang kalendar.
Itu yang pelik, bermakna kalendar Islam seluruh dunia tak samalah. kalau 1 syawal tak sama, 10 Zulhijjah juga tak sama, macamana nak refer kepada kalendar Islam. Dah tentu hari-hari lain pun tak sama...
Post a Comment