Friday, December 05, 2008

Selamat Hari Raya AidilAdha 1429H

Hari Jumaat. Kerja masih banyak yang perlu diselesaikan. Cadangnya mahu balik selepas solat Jumaat. Entahlah, tengoklah nanti...

Jadi...

Sambutlah salam AidilAdha dari saya...

Sama-samalah kita menunaikan ibadah puasa hari wukuf (ahad) dan mengerjakan ibadah korban di hari-hari mulia ini.

Ustaz cakap kalau nak lagi bagus, puasa jugak hari sabtu.

Kata saya... macam tahun lepas jugak saya menjemput yang ada di Melaka, kebetulan solat hari raya di masjid MITC, jemputlah ke rumah lepas solat hari raya. Lepas 10.30 pagi hingga zohor mungkin saya ada di tempat orang menyempurnakan korban.

5 comments:

Sya said...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Sya lom pernah solat di masjid MITC mungkin boleh solat di MITC raya ni.

Kenduri korban?.. dibenarkan datang ke?

Leyla Shuri said...

salam hari raya korban,
rupanya orang melaka ye?
Kampung mana?

WaNNi said...

Selamat Aidiladha En Jo. Buat korban ke tahun ni.

anwar hadi said...

sya
hi, hi bukan kenduri korban. biasalah makanan pagi raya.
mak mertua ada, daun ketupat palas pun dah beli masa balik pahang hari tu.
tak tahulah lepas dapat daging korban mak mertua nak masak apa.
ramai keluarga kakak ipar datang beraya di melaka tahun ni.
kalau nak datang tengok entry raya puasa...


kak lela
saya bukan orang melaka, orang pahang yang bekerja di melaka. kebetulan tahun ni keluarga kakak-kakak ipar datang beraya dan buat korban di sini.
rumah saya di taman tasik utama, ayer keroh.


ibu baru
tahun ni saya dan isteri serta keluarga kakak-kakak ipar borong seekor lembu.
tak korban kambing kat sana?

jorazak said...

everyone
hi, hi rerupanya saya terguna user id anak saya tadi. dia lupa nak log out. sorry, ek.