Monday, April 20, 2009

Hanyut Ke mana?

Seorang artis yang baru dinobatkan sebagai artis paling popular telah menunjukkan tabiat sebenarnya. Dah le baru jadi artis setahun jagung dah nak memperlihatkan belangnya.

Sanggup dia berkata perbuatannya itu tidak akan menjejaskan ekonomi negara.

Eloklah sangat perangai engkau tu. Apa kata kalau orang pakat boikot engkau kerana perangai engkau yang senonoh sangat tu, baru tau samada ia akan menjejaskan ekonomi engkau atau tidak.

Perangai engkau tu disokong ke tidak oleh ibu bapa engkau dan "bakal" ibu dan bapa mertua engkau tu? Samada engkau rasa perlakuan engkau baik dari segi akhlak dalam Agama Islam, janganlah juga nak buat lawak fasal ekonomi negara.

Kata saya...lu fikirlah sendiri...

4 comments:

Sya said...

Hairan kat Mesia ni.. kalau laki bini berpeluk depan TV siap kena tegur.. tak sopan lah walaupun laki bini sbb kita ni Mesia. Tapi kalau bukan laki bini berpeluk sume cam tak kisah aje.. hairan kan?

jorazak said...

sya
yg kena tegur biasanya yg tak popular. yang dah popular di"halal"kan oleh penegur agaknya.

blogmaster said...

salam,
apabila budak kampong ni jadi seorang 'penghibur' dan dia terikut-ikut budaya 'penghibur' maka apa yang dapat kita simpulkan ialah kehidupan komuniti penghibur adalah penuh dengan maksiat. Ini di dapat dilihat dari tranformasi akhlak 'penghibur yang dimaksudkan.

apabila manusia yang 'berpenyakit" seperti ini menjadi 'icon' kepada kanak-kenak kecil maka salahkah kalau saya katakan ' kita sebenarnya sedang mendedahkan anak-anak kita kepada penyakit identiti dan akhlak yang cukup merbahaya.

wassallam

jorazak said...

hassan
mungkin dia tak sedar sebelum dia jadi artis di mana dia berada. masa tu kalau seronok sangat ada dia nak peluk anak dara orang? mau kena pelangkung dgn mak bapak anak dara tu. bila dah jadi bintang popular ...