Tuesday, April 14, 2009

Itu Hari...Agak-agak

I
Itu hari saya ke KLCC. Berlegar-legar di concourse. Tengok sekumpulan warga asing. Sebahagian ke KFC dan sebahagian lagi ke Burger King. Tau aje le kan di Burger King, air boleh refill. Yang di Burger King sedang enak makan. Tiba-tiba kumpulan mereka dari KFC masuk ke Burger King siap dengan membawa tray makanan masing-masing.
Agak-agak kalau orang Malaysia buat begitu, kena halau dari Burger King ke tidak?

II
Itu hari saya dan keluarga pergi ke Mydin Mall. Katanya kedai Mydin paling besar di Malaysia. Mydin sedang buat promosi besar-besaran. Salah satu barangan yang menjadi rebutan adalah ayam. Bayangkan sekilo RM0.99. Ada warga asing di depan saya beli ayam 3 ekor (walaupun di-limit-kan seorang pelanggan 2 ekor). Harganya RM1.84, RM1.80, RM1.78. Kurang dari RM6.00. Bukankah suatu masa dulu harganya lebih dari RM6.00 sekilo?
Agak-agak sempat tak saya buat barbeque sempena ulangtahun kenaikan pangkat saya dengan harga ayam murah ni?

III
Itu hari saya pergi ke kafeteria Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina. Barisan punyalah panjang hingga sampai ke pintu masuk. Saya pegang 2 bekas nasi. Nak sampai ke tempat ayam goreng punyalah jauh lagi. Tiba-tiba datang 2 orang pelajar dengan KURANG AJAR bersama pinggan rojak mereka meluru ke depan sampai ke tempat memesan air. Kebetulan pula mereka dah sampai ke depan saya.
Agak-agak apa saya buat? ...
.
.
.
.
.
.
...tanpa menghiraukan mereka yang sedang menunggu air mereka, saya memesan,"Bang, bandung 1, sirap limau 1, bungkus". Kemudian dengan LEBIH kurang ajar saya terus tempat bayaran tanpa menunggu air pesanan saya disiapkan.

Kata saya...dah besar-besar macam tu pun tak reti nak berbudi bahasa. Kalau buat begitu di luar negara mau kena herdik habis-habisan.

10 comments:

Sya said...

Orang kita ni lebih hormat tetamu berbanding tuan rumah tu sbb pelancung bangsa asing can get away with anything but mcm dikata tadi mana2 pun org kita lebihkan orang luar dr org sendiri.

Kalau dah dewasa tu kurang ajar debik aje

and congrats on kenaikan pangkat.. belated.

jorazak said...

sya
yang sedihnya yang diorg potong queue tu mostly staff dan lecturer mereka sendiri. tak malu dan memang tak beradab betul!

blogmaster said...

Munkin ramai yang lupa kenapa motosikal tak dibenarkan melalui bangunan Canselori dan Pusanika. Semuanya berpunca dari sikap biadap pelajar tu la...

Setelah mengalamai perkara yang sama, saya berpendapat kenapa kita perlu ada peng 'kelas' an dalam kegiatan harian kita, staf, pensyarah ada parking sendiri, toilet asing, section dikantin asing, ini semua gara-gara manusia biadap seperti yang saudara kata tu le.

jorazak said...

hassan
perkara tu bukan sekali aku kena, dah several times. ada staf dah sound, tapi diorg buat derk aje. agak-agak hang, budak kaum mana yg selalu buat begitu?

blogmaster said...

Payah nak dinujumkan tu kaum mana, sebab kat UKM tu national ada, international pun ada, kalau international tu, yang agak tak reti bahasa ni kebanyakan dari afrika, tapi kalau national ni.....kalau sekarang ni biasanya gagak.. tapi orang kita pun boleh tahan jugak tu..

jorazak said...

hassan
1. hi, hi, yg aku boleh bagitau ... hint: a)last sentence b)fakulti kejuruteraan & alambina
2. mungkin masa aku kena, kaum itu, secara kebetulan agaknya. masa lain mungkin kaum lain.
3. biasanya yg buat begini rasa diri mereka dah senior.

WaNNi said...

1. ada ulangtahun kenaikan pangkat?
2. foreigner kat msia mcm raja,wlpn kat negara sendiri kerja angkat sampah.
3. pelajar sekarang krg adap. patut la dulu saya asyik menyinga ngn student.

blogmaster said...

sah lah tu, jenis yang menyerap cahaya tapi menyerlah kebiadapannya.

Ahad lepas jenis ni buat terror (ist), kat sungai buaya, depan rumah yang isteri aku baru beli lelong.

Rumah lelong depan rumah yang isteri aku ambil tu dah di beli oleh orang melayu, owner asal jenis ni le. Owner asal tu boleh upah teror (ist) dari jenis dia angkut semua harta benda dalam rumah tu, siap jahanamkan kitchen kabinet yang package asal dengan rumah tu, siap cabut pagar lagi, kira men terroris rumah tu le....for yr nito kawasan tu ramai penduduk melayu tengah buat kenduri kat depan rumah tu pulak,....

munkin kesabaran jenis kita ni masih tinggi jugak le.. kalau tak kan boleh jadi pergaduhan kaum lak.. aku rasa kalau kerajaan tak lihat benda ni dengan serius mau kes macam kat masjid Penang dan kelang Lama berulang... harap-harap tidak le..

jorazak said...

ibu baru
1. cuba baca sampai habis entry saya pada 24 April 2008 dan 13 Jun 2008.
2. masalahnya bukan foreigner!
3. hi, hi, biasalah tu.

jorazak said...

hassan
both yg memerintah dan membangkang memerlukan undi mereka. khuatir sebarang tindakan yg keras akan menjejaskan pangkah memangkah semasa pilihanraya. biasanya tindakan dibuat atas nama "kestabilan" walaupun menidakkan yg hak.