Friday, April 24, 2009

Ulang Tahun

Hari ini tahun lepas...

+ Saya berpuasa.
- Hari ini tidak, hi, hi. Puasa semalam, puasa khamis.

+ Saya kena dera pakai baju batik. Kebetulan, hari khamis.
- Hari ini pakai t-shirt dan jean.

+ Saya bawa maklumat cuma satu beg, kerana dipanggil temuduga/temubual/..., ke bilik mesyuarat Canseleri.
- Hari ini lepak kat rumah.

+ Saya dimaklumkan saya dinaikkan pangkat mulai hari ini pada 13.06.08.
- Jadi hari ini ulangtahun kenaikan pangkat.

+ Saya sambut ulangtahun kelahiran saya hari ini.
- Hari ini saya sambut sekali lagi, cuma lilin kecik tambah satu lagi. Hi, hi, lilin besar masih lagi empat.

Kata saya...semoga tahun ini akan lebih diberkati Allah dari tahun sebelumnya. Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan dipanjangkan umur untuk terus beribadah kepadaNya.

4 comments:

WaNNi said...

selamat ulang tahun kelahiran..kenaikan pangkat. semoga menjadi insan, ketua, pekerja, suami, ayah, anak yg lebih cemerlang. ada tiup2 lilin ke.

jorazak said...

ibu baru
1. terima kasih
2. AAmiiiiin
3. lilin tak boleh nyala. fire hazard.

Asmara said...

Tahniah! dan selamat semuanya. Amin..

jorazak said...

As
TQ.