Thursday, May 07, 2009

Hang Jury

Tak taulah apa nak jadi dengan negeri Perak. Macam kes Bush dengan Al Gore. Dah ada filem tentang pilihanraya presiden US tu lagi.

Tapi kalau kes perak ni terjadi di US, dah tentu jadi modal jenaka pelawak-pelawak mereka. Pelawak kita ada berani buat lawak macam tu. Hi, hi, mungkin cuma berani buat lawak peluk anak dara orang atau minta tanah dengan sultan aje agaknya.

Apa yang pasti, dah berbulan percanggahan politik ini, belum ada kepastian. Hari ini dok bergaduh pasal speaker, dok bergaduh fasal kerusi menteri besar. Siapa yang rugi? Tak taulah... mungkin rakyat, khasnya rakyat Perak. Tapi saya rasa saya tahu siapa yang akan untung besar...

Bagaimana kalau kes saman menyaman antara mereka berlanjutan hingga bertahun lamanya. Jadi siapa yang sebenarnya berkuasa? Kalau yang mengaku MB sekarang buat keputusan dalam sesuatu hal berkaitan negeri, tiba-tiba keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya, adakah dia akan bertanggungjawab ke atas segalanya? Peguam di luar sana tolong jawab...

Contoh paling senang, MB sekarang nak lelong Camry. Dia ada hak ke buat masa ini, bila kerusi MB masih di mahkamah? Katalah dia dapat lelong kereta-kereta tersebut. Esok mahkamah kata dia bukan MB, dia kena bayar balik ke harga kereta tu. Hi, hi, ini kes senang, cuba kalau kes projek juta-juta. Apa cerita?

Lebih baik kuasa diserahkan kembali untuk rakyat menentukannya. Kenapa takut sangat nak buat pilihanraya? Tak kalah, menang. Tak menang, kalah. Peluang 50% aje. Macam hidup dan mati. Tak adenya 80%, 90%, 100%. Tak hidup, mati.

Kata saya...tak taulah pulak ada yang nak jadi zombie.

2 comments:

blogmaster said...

Jo,
peluang 50-50.... emmmm, macamna kalau 80-20, 90-10 atau 100 -0, dulu kalau 100-0 biasa, kot sekarang boleh jadi 0 -100, macam hang kata yang dapat habuan besar dah kelihatan, kalu dapat 0, naya la, kalau dapat flat 0 tak apa jugak, tapi kalau flat 0 terus jadi domino camana pulak tu jadi nya, silap haribulan jadi macam Thailand la pulak... Thailand tu semua siam, walaupun ada siam keturunan china, tapi kat sini kulit pun ada yang cerah, kurang cerah dan gelap.......Kita tak kisah boleh terima sapa pun kat Malaysia ni, sejak sebelum zaman portugis lagi itu perangai orang melayu, orang lain boleh terima kita ke?

jorazak said...

hassan
sesungguhnya melayu muda lupa, termasuk yg masyhur kerana mengucapkannya. dulu buat lain, sekarang cakap lain. apa nak buat...