Wednesday, June 24, 2009

Beg Plastik Sampah

Semalam kawan saya, Hassan, komen fasal kempen beg plastik di muka depan the STAR 23.06.09. Katanya, cuba lihat ayat di bawah:

"Say NO to Plastic Bags Campaign"

"Say NO to Plastic Bags" Campaign

Apa pun bukan itu yang saya nak ceritakan. Saya nak cerita asal usul kempen beg plastik ni.

Kalau dibuka semula arkib TV dan radio pada (kalau tak silap) tahun 70an, saya rasa kita akan terjumpa masalah yang kita hadapi sekarang. Kita, rakyat Malaysia, telah digalakkan supaya menggunakan beg plastik untuk mengisi sampah kita. Kita telah ditunjukkan bagaimana penggunaan karung kertas tidak praktikal dan mesra alam.

Yelah kan, karung kertas bila basah, akan bocor. Kita juga diingatkan berapa banyak pokok kena tebang untuk buat karung kertas itu. Cuba bayangkan iklan itu bila si mamat tu nak buang sampah guna karung, karung kertasnya bocor dan sampah jatuh bertaburan.

Saya masih ingat di US barang diletak dalam karung kertas yang dibuat dari kertas kitar semula. Di Poland botol plastik minuman dibuat dari plastik keras bagi tujuan kitar semula. Botol ini memerlukan deposit macam botol kaca minuman berkarbonat suatu masa dulu.

Jadi apa salahnya kita kembali ke pangkal jalan...

Kalau tak silap Petronas telah menggunakan teknologi plastik mesra alam. Plastik beg mereka akan hancur dengan sendirinya setelah beberapa ketika. Kenapa tak guna teknologi ini?

Kata saya...kenapa air minuman perlu guna botol plastik? Itu sebab botol air minuman bersepah merata-rata. Kenapa tidak diharamkan penggunaan botol plastik dan bekas polystyrene?

6 comments:

blogmaster said...

Salam Jo,
1. Plastic bag bungkusan barang TESCO dalam l/k 2 bulan dah relai.

2. kasut bola saya beli kat Jepun, 4-5 tahun simpan, bila nak guna semula masuk padang tengah main baru perasan tapak dah hancur berkecai.

3. Kontrakor kutip sampah, angkut sampah pakai lori angkat barang biasa, lepas tu sampah yang kita dah bungkus kemas disepahkan atas lori, dia cari barang yang boleh di jual semula, air sampah berterabor sepanjang jalan, meninggalkan bau yang sangat menyakitkan hati.

Kesimpulan saya orang Malaysia masih tak peka persekitarannya aka alam sekitar. Hatta kat laman rumah nak bersihkan rumput pun sembur racun rumput. Bila di tegur marah pulak....

jorazak said...

hassan
1. eh, engko main bola lagi? hi, hi, aku last main bola disember 2007. lepas tu baru turun jogging tak sampai 5 kali, hi, hi.
2. dulu ada cadangan nak buat satu unit/jabatan fasal sampah. nak gabungkan semua kontraktor sampah bawah satu syarikat. nak charge pengguna ikut berat dan jenis sampah, katanya. tak taulah jadi ke tidak.

Sya said...

Tak perasan lak iklan pasal plastik sampah tu, agaknya masa tu lom ada TV kat rumah.

Kalau tak silap Tesco/C4 gunakan bag plastic yg biodegradable, Jusco bagi discount utk ahli yg bawa bag sendiri utk shopping..

Dalam rancangan Biggest Loser, campaign penggunaan bekas minuman sendiri dan larangan membeli air dalam botol plastik patut dicontohi rancangan2 TV di Mesia

Di Singapore, food court memberi diskaun 5-10 sen jika pelanggan membawa bekas makanan mereka sendiri bila membeli.

Kerajaan Mesia patut banyakkan lagik kempen hijau ni.. cam kat atas tu dan jugak bagi premium or tax exemption utk sykt yg praktikkannya

Dulu sya suka mengasingkan sampah tapi skrg tak buat lagik sbb nampak org yg angkat sampah mengiraikan isi kandungan yg kita dah asingkan utk dia orang pilih.

blogmaster said...

Salam Jo,
1. Cerita kasut bola tu cerita lebih 10 tahun dulu, kasut bola tu aku beli kat jepun pun tahun 89/90.

2. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal http://www.kpkt.gov.my/jpspn/main.php

3. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam http://www.sisa.my/cmssite/ppsppa/index.php?lang=bm

4. Kalau ikut cadangan Sya, banyak la pulak kilang plastik kena tutup. Tapi kempen guna mangkuk tingkat biasa dengar dalam radio.

jorazak said...

sya
1. kalau dah banyak hypermarket guna beg plastik yg biodegradable, apahal pulak nak buat kempen beg plastik? yang besar impaknya botol minuman dn bekas polystyrene tu. the main culprit.
2. hi, hi, kat uk senang aje cerita. kedai kecik biasanya dia akan charge penggunaan beg plastik. dulu 10p satu beg. kedai besar, supermarket & hypermarket, bagi discount, adalah beberapa pence entah.
3. tentang sampah tu, depan kita dia buat kerja. habis depan rumah berbau!

jorazak said...

hassan
1. hi, hi, aku main bola tu secara kebetulan. sukan badan berkanun kat bangi. aku main untuk veteran. 2 boot aku masih cantik lagi, didas dan nike.
2. kilang plastik tak kan tutup, cuma diorg kena improvise. buat macam kat poland tu.
3. tau tak syarikat mana yg beria-ia guna botol plastik untuk minuman berkarbonat? hi, hi, kalau tak silap, yg kena boikot sebab Isrel rasanya.